Ahad, 3 Januari 2016

Pokok Buluh 1 : Buluh Betung.

Salam bertani.

Terdapat pelbagai jenis buluh yang hidup subur di negara kita. Buluh ditanam untuk pelbagai kegunaan seperti untuk dijadikan perabut, galah. bahan binaan, pelampung binaan, rumah ternakan, bakul keranjang (bakul sayur), buluh lemang, barang kraftangan dan sebagai tanaman hiasan. Bahan tanaman buluh yang sesuai ialah dari keratan batang yang mempunyai akar (tunggul pokok buluh). Sesetengah buluh ditanam untuk mendapatkan rebungnya untuk dijadikan sayuran.

  Salah satu jenis buluh yang biasa kita temui ialah buluh betung. Buluh ini mempunyai struktur batang yang tegak dan tinggi sesuai untuk dijadikan perabut atau bahan binaan. Buluh betung tidak sesuai dijadikan galah kerana saiznya yang besar dan berat. Hasil utama tanaman buluh betung ialah rebungnya yang boleh dijadikan sayuran. Rebung buluh betung adalah rebung yang paling sesuai dijadikan sayuran kerana rasanya yang lazat dan manis mengalahkan rebung buluh madu dan buluh-buluh lain.

   Terdapat beberapa rumpun buluh betung di kebun "Warisan Petani" yang telah berusia berpuluh-puluh tahun dan masih mengeluarkan rebung yang banyak. Buluh betung sesuai ditanam ditanah yang agak lembap tetapi tidak menakung air. Rebung buluh betung sesuai dituai apabila mencapai ketinggin lebih kurang setengah meter.


Serumpun buluh betung.


Serumpun buluh betung di kebun getah.


Serumpun buluh betung di kebun buah-buahan.
Rebung yang tidak dituai akan menjadi anak buluh.


Buluh betung yang ditanam di hujung kebun.


Serumpun buluh betung yang subur.



Inilah rebung buluh betung.


Rebung yang besar ruasnya rapat.


Rebung yang kecil dan ruasnya panjang.


Rebung biasanya tumbuh di bahagian luar rumpun.


Rebung telah sesuai dituai.
Ketinggian 0.5 meter.



Rebung yang lewat dituai.
Perlu dibiarkan untuk menjadi pokok buluh.


Hasil rebung buluh betung.
Kulit rebung buluh dan bahagian pangkal yang keras perlu dibuang.

Rebung buluh betung adalah rebung buluh yang paling enak dijadikan sayuran. Strukturnya yang lembut dan rasanya yang manis sesuai dimasak lemak bercampur daging, ikan maupun udang.
Sekiranya kita ada kawasan tanah yang luas, bolehlah menanam buluh betung kerana rumpunnya yang besar, tinggi dan rimbun.

Salam bertani.
Catat Ulasan