Ahad, 3 Januari 2016

Pokok Buluh 1 : Buluh Betung.

Salam bertani.

Terdapat pelbagai jenis buluh yang hidup subur di negara kita. Buluh ditanam untuk pelbagai kegunaan seperti untuk dijadikan perabut, galah. bahan binaan, pelampung binaan, rumah ternakan, bakul keranjang (bakul sayur), buluh lemang, barang kraftangan dan sebagai tanaman hiasan. Bahan tanaman buluh yang sesuai ialah dari keratan batang yang mempunyai akar (tunggul pokok buluh). Sesetengah buluh ditanam untuk mendapatkan rebungnya untuk dijadikan sayuran.

  Salah satu jenis buluh yang biasa kita temui ialah buluh betung. Buluh ini mempunyai struktur batang yang tegak dan tinggi sesuai untuk dijadikan perabut atau bahan binaan. Buluh betung tidak sesuai dijadikan galah kerana saiznya yang besar dan berat. Hasil utama tanaman buluh betung ialah rebungnya yang boleh dijadikan sayuran. Rebung buluh betung adalah rebung yang paling sesuai dijadikan sayuran kerana rasanya yang lazat dan manis mengalahkan rebung buluh madu dan buluh-buluh lain.

   Terdapat beberapa rumpun buluh betung di kebun "Warisan Petani" yang telah berusia berpuluh-puluh tahun dan masih mengeluarkan rebung yang banyak. Buluh betung sesuai ditanam ditanah yang agak lembap tetapi tidak menakung air. Rebung buluh betung sesuai dituai apabila mencapai ketinggin lebih kurang setengah meter.


Serumpun buluh betung.


Serumpun buluh betung di kebun getah.


Serumpun buluh betung di kebun buah-buahan.
Rebung yang tidak dituai akan menjadi anak buluh.


Buluh betung yang ditanam di hujung kebun.


Serumpun buluh betung yang subur.



Inilah rebung buluh betung.


Rebung yang besar ruasnya rapat.


Rebung yang kecil dan ruasnya panjang.


Rebung biasanya tumbuh di bahagian luar rumpun.


Rebung telah sesuai dituai.
Ketinggian 0.5 meter.



Rebung yang lewat dituai.
Perlu dibiarkan untuk menjadi pokok buluh.


Hasil rebung buluh betung.
Kulit rebung buluh dan bahagian pangkal yang keras perlu dibuang.

Rebung buluh betung adalah rebung buluh yang paling enak dijadikan sayuran. Strukturnya yang lembut dan rasanya yang manis sesuai dimasak lemak bercampur daging, ikan maupun udang.
Sekiranya kita ada kawasan tanah yang luas, bolehlah menanam buluh betung kerana rumpunnya yang besar, tinggi dan rimbun.

Salam bertani.

14 ulasan:

  1. Terima kasih atas infonyang hebat ini. Saya amat tertarik betapa bergunanya info begini bagi generasi sekarang.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum,

    Sekadar bertanya Tuan ada menulis blog untuk jenis buluh yang lain atau tidak?

    Jenis buluh yang sy ingin tahu adalah Buluh Semantan, Buluh Beting, Buluh Beti dan Buluh Hitam.

    Sekian, Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam
      Maaf
      Tidak ada sebab wak menulis hanya tentang bokok buluh yang wak tanam sahaja.

      Padam
  3. Assalammualaikum Tuan,

    Saya ingin bertanya tentang cara-cara untuk menanam buluh betung secara terperinci bermula daripada proses awal hingga akhir dan dimanakah tempat untuk mendapatkan benihnya?

    BalasPadam
  4. Pokok buluh betung boleh disemai melalui tunggul separa tua yang dikerat pokoknya. Tunggul tersebut perlu digali/dipisahkan daripada perdunya dan bolehlah terus disemai ke tanah.

    Sekarang jarang ada orang bekalkan benih buluh betung

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..Salam 15ramadan.saya trtarik dgn artikel wak. Terima kasih segala info.saya Ada juga menanam brpa jenis buloh, seprti buloh lemang buloh beting buloh dn buloh madu,

    BalasPadam
  6. dimana tempat wak bertanam.negeri mana

    BalasPadam
  7. assalamualaikum. wak. buluh apa yg ruasnya berlubang atau ruasnya lembut boleh ditusuh terus berlubang.

    BalasPadam
  8. Adakah seauai saya jadikan buluh betong sebagia tiang kandang kambing?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pendapat wak kurang sesuai.
      Tiang kambing baik gunakan konkrit.
      Lantai kandang boleh gunakan buluh betung yang dibelah2

      Padam