Seingat WP, entri pertama yang bersiaran di dalam blog 'Warisan Petani' pada 28 September 2015 yang lalu adalah berkenaan tanaman pokok pulasan ini. Kali ini, sekali lagi pokok-pokok pulasan di dusun WP mengeluarkan hasil bermusimnya.
Hasil tanaman buah pulasan kali ini tidaklah sebanyak seperti musim-musim yang lalu kerana tidak semua pokok pulasan berbuah. Tambahan pula sekarang ini WP terpaksa 'berperang' dengan monyet-monyet yang boleh memusnahkan hasil tanaman dengan sekelip mata sahaja.
Buah pulasan matang yang sesuai dituai.
Bunga pulasan
Putik buah puasan
Buah pulasan muda
Sepohon pulasan yang lebat berbuah
Buah pulasan muda mula berisi
Buahnya berjuraian hingga ke tanah
Buah pulasan mula bertukar warna
Warnanya berubah kepada kemerahan
Buah pulasan hampir matang
Sudah matang
Sesuai untuk dituai.
Pohon lain yang berbeza warnanya.
Seraga tuaian buah pulasan matang.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan