Sabtu, 25 Julai 2020

Menanam Pokok Buluh Madu

Salam bertani

Hari ini wak menggali beberapa batang pokok buluh madu untuk dijadikan bahan penanaman. Pokok buluh madu ini sudah wak potong beberapa minggu yang lalu kerana terlalu rimbun menutupi kawasan reban ayam.  Tunggul buluh madu yang sudah bertunas dan berakar ini wak tanam di dusun memandangkan masih ada kawasan yang lapang di sana.

Jangka masa setahun diperlukan untuk pokok buluh madu menghasilkan rebung yang sesuai dituai. Hasil utama tanaman buluh madu ialah rebungnya. Rebung buluh madu paling sedap dijadikan masakan kerana rasanya yang manis, lebih rangup dan tidak berbau.


Anak pokok buluh madu yang baru ditanam


Bahan penanaman buluh madu yang digali
daripada rumpunan dewasa.


Bahan penanaman buluh madu yang sesuai ditanam.
Tunggul buluh dewasa yang berakar dan sudah bertunas
selepas beberapa minggu dipotong. 


Ditanam di tapak pokok pinang merah yang baru ditebang


Sepohon lagi


Tanam tepi pagar dusun. 


Dua batang disemai dalam polibeg


Pokok induk buluh madu di hadapan reban ayam sebelum dipotong


Rebung buluh madu yang sesuai dijadikan sayuran.

Salam bertani.

20 ulasan:

  1. sedapnya wak rebung buluh madu ni, owh macam ni cara tanam pokok buluh rupanya.

    BalasPadam
  2. Memang untung ada tanah sendiri. Anytime boleh bercucuk tanam. Terbaik Mr Wak. :)

    BalasPadam
  3. Terbaik ah wak, selalu bagi ilmu baru pasal pertanian ni..

    Teringin nak rase masakan rebung buluh ni..

    BalasPadam
  4. BULUH NI MESTI DIPANGKAS N DIBERSIHKAN KWSNNYA SELALU KAN WP BIMBANG ADA ULAR BERBISA MENYOROK KAT SITU

    BalasPadam
  5. sedapnya rebung masak lemak dengan udang, reti makan tak reti masak

    BalasPadam
  6. Mesti elok naik pokok buluh tu nanti, ditanam oleh otai berpengalaman :)

    BalasPadam
  7. Selalu juga ikuti perkembangan seorang rakan FB yang tanam buluh madu begini. Katanya untuk suka-suka, tapi sekarang sudah menjadi bussines rebung madunya tu! Banyak kawan2 beli secara online dengannya.

    BalasPadam
  8. tiba2 rasa macam mau makan sayur rebung hahhaa

    BalasPadam
  9. xtahu pula ada buluh madu....nampak sedap je rebung tu...dah lama juga xmerebung....

    BalasPadam
  10. Sedapnya rebung..lama jugak tak makan rebung..

    BalasPadam
  11. tak pandai makan rebung sebab bau dia.. Rebung madu ni tak de bau la ye macam rebung biasa. Kalau jumpa mana2 ada jual saya nak beli la. Nak rasa rebung madu..

    BalasPadam
  12. fuh rebung ni memang buat duit ni

    BalasPadam
  13. Rajinnya wak berkebun.. meh sikit kerajinan tu.. hehehe

    BalasPadam
  14. ingtkan pokok buluh perindu..hehe

    BalasPadam
  15. Rumah lama dulu banyak pokok buluh ni belakang rumah. Hasil rebung dia xyah cakap lah. Tapi kawasan buluh tu seram. Huhuhu

    BalasPadam
  16. nampak senang nak tanam tu. janji ada akarnya ye wak.

    BalasPadam
  17. Nampak menjadi guna keratan btg.. mesti sedap rebungnya

    BalasPadam