Sabtu, 18 Julai 2020

Mendolomite Anak Durian

Salam bertani.

Pada pagi ini wak menabur dolomite kepada anak-anak pokok durian  di kebun. Dolomite ialah sejenis batu kapur serbuk yang biasa digunakan oleh petani-petani terutama sekali untuk kawasan tanah yang berasid. Bagi tanaman anak durian, dolomite boleh digunakan sebagai baja lubang sebelum penanaman dan boleh juga ditaburkan di sekeliling pokok.

Diantara manfaat dolomite ialah ia mengandungi unsur magnesium dan kalsium yang diperlukan untuk tumbesaran pokok. Magnesium diperlukan untuk menghijaukan daun dan meningkatkan proses potosintesis. Manakala kalsium diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan akar dan pucuk muda serta dapat mengelakkan daun luruh.

Manfaat utama dolomite ialah ia dapat mengurangkan keasidanan tanah serta menstabilkan pH tanah yang sesuai bagi tumbesaran pokok. Bagi tanaman durian pH yang sesuai ialah diantara pH5.5 hingga 6.5. Tanah yang terlalu berasid akan menyebabkan pokok bantut dan tidak mahu membesar kerana akar tidak dapat menyerap nutrien dengan sempurna. Kadar pH tanah boleh diuji dengan menggunakan alat pengukur pH.

Dolomite juga dapat memperbaiki struktur tanah terutama bagi tanah gambut, tanah berpasir atau tanah liat. Ia akan memudahkan akar menyerap nutrien dan dapat meningkatkan aktiviti bakteria baik untuk tanah.

Wak tunjukkan sebahagian daripada lebih 60 pokok anak durian klon yang telah diberikan dolomit tersebut. Mudah2an anak durian yang wak tanam cepat membesar dan mengeluarkan hasil.


Satu beg kapur dolomit 50 kg
Mengandungi 20% Mg  dan 32% Ca
pH 9


Bentuk kapur dolomit serbuk
Taburkan di sekeliling anak pokok.


Anak durian musang queen @ tekka
D160


Anak durian golden bun
D13


Anak durian duri hitam
D200


Anak durian puang manee (Siam)


Anak durian nok kracip (Siam)


Anak durian kim hong
D198


Anak durian udang merah
D175


Anak durian musang king
D197

Salam bertani.

27 ulasan:

  1. saya penah nampak ni orang2 kampung buat..
    ingatkan diorang tabur blerang..

    BalasPadam
  2. ooohh patutlah ada nampak pekebun buat macam ni. itu fungsinya :)

    BalasPadam
  3. mudah-mudahan pokok membuahkan hasil ya wak..

    BalasPadam
  4. Semoga menjadi pokok durian wak semua.

    BalasPadam
  5. tanam sekarang untuk anak cucu makan hasilnya

    BalasPadam
  6. TANAM N JAGA KEPERLUAN TANAMAN TERBAIK TU

    BalasPadam
  7. Terima kasih Wak, kongsi ilmu bertani. In shaa Allah ada rezeki, teringin nak bercucuk tanam atas tanah pusaka arwah ayah di kampung. Boleh rujuk-rujuk blog Wak.

    BalasPadam
  8. katanya rassa queen @ tekka lebih sedap dr mk ya Wak? moga menjadi semua pokok durian wak tu, baka2 durian yang bukan kaleng-kaleng tu...

    BalasPadam
  9. Semua baka2 durian yang mahal2 tu..

    Pernah juga nampak pokok ada putih2 kat tanah gini..Dolomite rupanya.. saya ingatkan baja. heheh

    BalasPadam
  10. Wahhh, insyaAllah, senang anak cucu wak nanti nak makan durian klon

    BalasPadam
  11. Semoga membesar bagai johan ye anak2 pokok semua ;)

    BalasPadam
  12. Durian apa jenis pun xpernah x sedap

    BalasPadam
  13. such a nice info. baru tu apa bendanya domomite tu

    BalasPadam
  14. Banyak jenis Wak tanam durian yaa..nanti lagi 5 tahun Saya datang ye Wak hehehe

    BalasPadam
  15. dolomite tu batu kapur rupanya..mcm tu cara taburnya..

    BalasPadam
  16. Nampaknya semua spesis durian ada dikebun wak..

    BalasPadam
  17. Ohhh baru tau.... lepas ni makan doyanlah kan WP.... mcm mcm jenis doyan ada tu

    BalasPadam
  18. Byk betul ilmu pertanian mama X tau

    BalasPadam
  19. Salam wak,nk tanya utk tnh gambut, kapur kena letak dalam lubang sebelum tnm anak pokok durian ke, dan anggaran brpa bnyk nk letak dalam lubang tnh tu ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sebab tanah gambut berasid.
      3/4 sudip tangan dan gaulkan dengan tanah 2 minggu sebelum penanaman

      Padam
  20. Setiap berapa bulan kena letak kapur tu wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kapur ni bukan baja.
      Bergantung kepada keasidanan tanah.

      Padam
    2. Kalau tak tabur dolomite blh ka..sa trlajur tanam..tp tak bubuh bnda ni

      Padam
    3. Boleh sekiranya tanah tidak berasid

      Padam