Ahad, 20 Oktober 2019

Tanam Nanas Sarawak

Salam bertani

Pagi ini wak mengeluarkan peluh dengan menanam beberapa pokok nanas sarawak di dusun. Memandangkan sekarang sudah mula musim hujan, memang sesuailah untuk memulakan projek penananan. Kalau ada rezeki, setahun setengah nanti barulah dapat menuai hasilnya.



Benih nanas sarawak yang baru ditanam.


Penyediaan tapak dan lubang penanaman.


Benih nanas sarawak yang telah dipotong daunnya
dan dinyahkelembapan selama seminggu. 


20 pokok anak nanas sarawak ditanam sebaris.


Berjiran dengan pokok serai yang sudah berusia dua minggu.


Sulur nanas daripada pokok induk yang sudah dituai.


Tanaman nanas sarawak di halaman rumah.
Salam bertani.


21 ulasan:

  1. Wahh..moga tumbug dengan segar nenas Sarawak ya Wak.. lama jg nak tunggu ya setahun setengah...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...moga membuahkan hasil...sekejap ja menunggu tu..

    BalasPadam
  3. wahh housemate saya tanam nenas dalam dua biji pasu kat depan rumah ni wak..tapi belum nampak lagi akan berbuah...boleh ke ek tanam dalam pasu sebenarnya?

    BalasPadam
  4. rajin betul wak menanam.. suka tengok perkongsian wak..

    BalasPadam
  5. kat kampung dah lama tak jumpa orang tanam pokok nanas sarawak wak... abah sekarang dok rajin tanam nenas madu je

    BalasPadam
  6. Moga nanasnya hidup subur dan meraih banyak hasilnya..manisnyaaa nanas Sarawak...

    BalasPadam
  7. tunggu setahun lah kan baru dapat makan?

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.Moga berbuah semuanya..aamiin.Sekarang dah mula hujankan Pakcik WP.

    BalasPadam
  9. wah, saya lak yang excited nak tengok hasilnya :)

    BalasPadam
  10. Seronok bila tgh diandh berbuaH kan

    BalasPadam
  11. kenapa nanas dia panjang lonjong macam tu ? hee~ terbayang jus nanas sejuk2.. sedapnya !! fresh dari ladang plak tu..

    BalasPadam
  12. semoga nenas sarawak wak menjadi ye

    BalasPadam
  13. ohh macam ni rupa nanas sarawak. semoga nanas membesar dengan sihat musim hujan tgh elok ni

    BalasPadam
  14. Oo.. Macam itu ke cara nak tanamnya. Thanks ye

    BalasPadam
  15. Wah, seronok tengok tanaman yang membuahkan hasil

    BalasPadam