Isnin, 7 Oktober 2019

Beli Baja

Salam bertani

Hari ini wak membeli beberapa jenis baja untuk keperluan tanaman di dusun dan tanaman di sekeliling rumah. Kebetulan sekarang beberapa pokok buah-buahan bermusim sedang mengeluarkan bunganya terutama pokok-pokok durian. Maknanya, pada awal tahun 2020 nanti ada lagi musim durian dan beberapa jenis buah-buahan lain.

Wak beli baja kimia (sebatian dan tunggal) serta baja organik proses. Sekarang masa yang sesuai untuk menabur baja kerana musim hujan dan pokok-pokok akan mengeluarkan pucuk baru tak lama lagi.


Beberapa jenis baja untuk keperluan tanaman di dusun
dan kawasan sekeliling rumah.


Baja sebatian  yang mengandungi 3 unsur (NPK)
Dikenali sebagai baja gemuk.


Sesuai untuk semua jenis tanaman yang sedang membesar,
sayur-sayuran berdaun serta untuk merawat pokok dewasa
yang kurang sihat.


Baja sebatian Nitrophoska Biru.
Sesuai untuk pokok dewasa untuk menggalakkan pembentukan
bunga dan buah juga untuk sayur-sayuran jenis berbuah.


Mengandungi unsur NPK dan lain-lain.
Kandungan K yang lebih tinggi untuk pembentukan bunga dan buah.
Sesuai untuk pokok buah-buahan.


Baja organik proses.
Sesuai untuk anak pokok,
tanaman dalam polybeg dan pasu,
sebagai campuran media semaian
dan untuk merawat tanah.


Boleh juga digunakan untuk pokok dewasa,
sayur-sayuran dan bunga-bungaan.


Baja kimia tunggal yang mengandungi unsur Kalium sahaja.
Untuk ditaburkan pada pokok durian yang sedang berbunga dan berbuah.


Kandungan Kalium yang tinggi (60%) untuk menghasilkan
buah yang lebat dan berkualiti serta mengelakkan
serangan penyakit.


Senarai harga belian.

Salam bertani.


26 ulasan:

  1. uiii mahal jugak yee...tapi hasilnya nanti insya'Allah masyukkk jugakk...rasa macam cepat aje masa berlalu, dah nak berbunga balik dah pokok buah-buahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan baja kimia ni mahal sebab bahan impot dan lebih berkualiti.
      kalau yang tempatan punya, mungkin ada yang separuh harga aje

      Padam
  2. Wow inilah vitamin pokok wak jadi Segar Dan lebat ye

    BalasPadam
  3. wahhh besar jugak pelaburannya ya.
    utk dpt hasil yg memuaskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan2 pertanian seperti racun dan baja memang mahal harganya kerana kebanyakannya di impot.

      Padam
  4. musim hujan memang sesuai untuk membaja ye wak.... supaya cepat meresap ke bajanya tu wak...
    buat masa ni kt rumah tu... pokok mulberi dengan pokok tin jelah yg pernah di baja... punya lah tak sabar tunggu berbuah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah mula hujan ni bolehlah membaja.
      Rumput pun cepat aje tumbuhnya.

      Padam
  5. Sedap pulak nama baja tu Yara Mila, heheh, macam nama Jepun

    BalasPadam
  6. pokok jg perlukan vitamin...pernah beli baja biji utk pokok di kubur arwah ayah..sebab kurus kering je pokoknya...adalah sikit peningkatan lepas bubuh baja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanaman memang perlu dibaja untuk hidup subur terutama yang mengeluarkan hasil

      Padam
  7. MAKANAN POKOK DIJAGA TENTU BERTAMBAH HASILNYA

    BalasPadam
  8. Banyak juga ye wak bila sekali beli. Moga berbuah hasil yg berkualiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu untuk baja pokok buah-buahan aje.
      Kalau baja kelapa sawit lagi banyak.

      Padam
  9. ana tak berapa arif tentang baja2 ni WP hehe :)

    BalasPadam
  10. Untuk kegunaan dan panduan orang bertani sahaja.

    BalasPadam
  11. harga baja pun dah mahal.so xboleh komplen kenapa harga hasilnya mahal kan.

    BalasPadam
  12. Sy punya wak, ada pokok lg ditabur baja lg mati, teknik tak betul atau baja tak sesuai wak..

    Geram nk tengok pokok gemuk gemuk...

    BalasPadam
  13. Yara Mila... ada nama ammi disitu. Ammi pun lupa bila collaborate dgn si Yara tu buat baja hahahah

    BalasPadam
  14. Tudiaaaaa....harga baja dah sama harga SA belanja setengah bulan ni...

    BalasPadam