Salam bertani
Semalam wak menyediakan cekok lempuyang untuk anak perempuan wak yang pulang ke kampung. Anak perempuan wak sedang menyusukan badan untuk babynya yang berumur setahun. Cucu lelaki wak tu nampak kurus kerana kurang selera makan. Wak buat dua gelas untuk diminum pagi dan malam.
Sejarahnya masa wak kecil dulu pun selalu kena cekok lempuyang oleh ibu wak. Kata ibu wak, dengan meminum cekok lempuyang kulit kita kan tahan penyakit (tidak berkudis dan luka cepat sembuh), menambahkan selera makan dan membunuh cacing di dalam perut.
Antara khsiat cekok lempuyang yang lain ialah untuk memperbanyakkan susu ibu dan dapat menambahkan selera makan bagi bayi yang menyusu ibu tersebut. Lempuyang dapat memperbaiki kesihatan kulit kita terutama kulit muka (untuk awet muda). Ia juga dikatakan boleh merawat dan memulihkan penyakit kanser rahim bagi wanita. Waulahualam.
Cekok lempuyang
Rasanya memanglah pahit.
Bahan2 cekok lempuyang:
Bahan utamanya ialah umbisi lempuyang
Tambah sedikit umbisi halia bara
Tambah sedikit umbisi cekur/kencur
Tambah sedikit umbisi kunyit
Semua bahan di atas dibersihkan, dibuang kulitnya
dan diblender. Tambahkan dua cawan air masak untuk
dapatkan dua gelas cekok.
Larutan cekok selepas ditapis.
Biarkan seketika supaya seratnya mendak.
Mendakan serat selepas ambil cekoknya.
Jamu cekok lempuyang sedia untuk diminun.
Kalau takut terlalu pahit bolehlah tambahkan madu
atau gula batu.
Inilah pokok lempuyang yang banyak khasiatnya.
Pokok cekur/kencur
Pokok halia bara
Pokok kunyit.
Selamat mencuba.
Orang yang sedang diet kurus tak sesuai mencuba sebab cekok ini akan menambahkan selera makan (asyik lapar sahaja).
Salam bertani.