Ahad, 12 Julai 2026

Mengundi Buah

Salam bertani

Hujung minggu ni anak-anak wak balik kampung untuk mengundi PRN Johor. Kami mengundi pada sebelah petang untuk mengelakkan kesesakan atau beratur panjang.  Paginya wak ajak mereka mengundi buah di dusun WP. Jom nenguk apa yang mereka dapat. Masing-masing penuh bonet kereta dapat ngundi buah.


Sebahagian daripada hasil pengundian mereka.


Buah duku langsat


Buah duku johor


Durian dah penghujung musim.
Anak-anak wak tak makan durian
tetapi menantu- menantu semua hantu durian.


Manggis ni mereka petik sendiri


Buah mesta jadi pilihan.


Rambutan anak sekolah.


Bunga kantan merah pun ada yang berkenan.
Buah rambutan kuning tu belum masak tetapi 
ada yang mengidam.


Ini pun mereka hendak.


Puas makan durian.
Cempedak tu nak goreng bawa pejabat.


Wak belanja gambar durian duri hitam.
Ada yang bawa durian dah kupas tak nak bau dalam kereta.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan