Rabu, 18 November 2015

Tanaman Longan Ping Pong

Salam bertani.

Terdapat beberapa pokok longan ping pong yang ditanam di kebun "Warisan Petani". Pokok logan ping pong merupakan pokok buah-buahan yang tidak bermusim dan setiasa mengeluarkan buah.
Untuk mengelakkan serangan haiwan perosak seperti kelawar dan tupai, buah longan ping pong perlu dibungkus/dibalut terutama sekali apabila hampir matang. Saiz buah longan ping pong agak besar berbanding longan biasa dan buahnya berbau harum apabila telah matang.
        Benih pokok longan ping pong biasanya dibiakkan melalui cantuman sanding atau cantuman mata tunas. Jangan tanam longan ping pong melalui biji benih.



Sepohon longan ping pong. Ada bunga, putik dan buah pada masa yang sama.


Bunga longan ping pong.




Bunga dan putik buah longan ping pong.


Setangkai putik buah longan ping pong.




Setangkai buah longan ping pong.


Buah longan ping pong. Saiznya sebesar ibu jari.

 
Sepohon longan ping pong sedang berbuah.



Sepohon yang lain. 


 Buah longan ping pong sangat manis dan lazat. Pokok longan ping pong sesuai ditanam di sekitar rumah kediaman kerana pokoknya kecil dan rendang dan mudah dibentuk. Sesuai dipangkas selepas dituai hasilnya.

Salam bertani daripada "Warisan Petani"

Catat Ulasan