Rabu, 11 November 2015

Air Sungai Melimpah

Salam petani dan penternak.

Hujan lebat selama dua hari di sebelah petang pada 11 November 2015 dan 12 November 2015 telah menyebabkan air sungai melipahi tebing dan menenggelamkan sebahagian kawasan ragut ternakan lembu. Lembu-lembu diletakkan di kawasan benteng sungai yang lebih tinggi dan selamat.
Air mulai surut pada hari ketiga (13 November). Alhamdulillah.


Air sungai sedang naik akibat hujan lebat.



Air telah melimpah tebing sungai dan menenggelamkan kawasan ragut.



Sungai yang dipenuhi rumput merupakan salah satu sebab air naik dengan cepat.




Kawasan ragut ditenggelami air



Hanya tinggal benteng sungai saja yang tidak ditenggelami air.



Air semakin dalam pada hari kedua hujan.


Ternakan lembu berada di benteng sungai yang tinggi.



Kawasan ragut menjadi terhad.


Air sungai deras dan melimpahi tebing.



Keadaan kawasan ragut setelah air surut.
Rumput berlumpur.



Air sungai telah mula surut pada hari ketiga kerana tidak hujan.


Keadaan kawasan ragut selepas banjir.
Kelihatan lembu-lembu meragut di kawasan benteng yang lebih tinggi.


Air sungai sudah surut tetapi rumput berlumpur.
Perlu beberapa minggu untuk pulih.


Keadaan biasa sungai.
Sebelum banjir.


Air parit di kebun buah-buahan selepas hujan.


Air parit yang deras mengalir.


Takungan air penuh akibat hujan lebat.


Dahan durian yang sekah akibat hujan dan angin kencang.


Patah juga. Dijangka matang pada akhir November ini.

Musim tengkujuh telah tiba. Adalah diharapkan agar banjir besar tidak berlaku kerana akan menyukarkan kerja-kerja menternak dan bertani.
Salam dari "Warisan Petani".
Catat Ulasan