Khamis, 7 September 2017

Pokok Rerama Hijau

Salam bertani


WP ada menanam beberapa pokok rerama hijau di tepi pagar rumah. Pokok rerama hijau merupakan tumbuhan renek berbatang lembut yang boleh memanjat pagar walau pun tidak melilit. Ia dikategorikan sebagai tumbuhan herba yang mengandungi pelbagai khasiat perubatan.

Pokok rerama hijau mudah ditanam denga menggunakan keratan batang atau dengan menyemai biji benihnya yang sudah matang. Keratan batang perlu menggunakan hormon pengakar untuk menggalakkan dan mempercepatkan pertumbuhan akar. Semaian dengan biji benih memerlukan masa dua minggu untuk bercambah. Pokok rerama hijau memerlukan sedikit naungan untuk hidup subur. Ia boleh ditanam sama ada di dalam polibeg, pasu atau di atas tanah.

Seluruh bahagian pokok rerama hijau mempunyai nilai herba. Ia dikatakan mampu merawat penyakit kanser dan SLE kerana mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan. Ia juga mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sel darah merah.

Antara khasiat lain pokok rerama hijau ialah sebagai penawar jangkitan denggi, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, penyakit berkaitan usus, asma, migrin, resdung, demam campak,thyroid, leukimia, stroke dan senggugut. Walau bagaimana pun ia tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung, pengidap penyakit buah pinggang dan paru-paru berair.

Penggunaannya hanya perlu meminum air rebusan daun rerama ( kering atau segar) setiap hari. Rasanya seperti meminum teh hijau dan ia tiada kesan sampingan. Sekarang telah ada banyak produk kesihatan berasaskan daun rerama hijau yang mudah didapati di pasaran.



Pokok rerama hijau yang hidup subur memanjat pagar rumah.


Daun pokok rerama hijau berbentuk seperti rama-rama


Jenis pokok renek yang bercabang dan berbunga.



Dahan yang tidah dipangkas tumbuh tinggi melepasi pagar.


Bunga pokok rerama hijau.


Biji benih pokok rerama hijau yang boleh disemai
untuk mendapatkan anak pokok.


Tanamlah pokok rerama hijau untuk memanfaatkan nilai herbanya.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan