Selasa, 19 September 2017

Masak telur Ikan Mayung

Salam bertani

Pada hari minggu yang lepas, WP pergi ke pasar minggu untuk  membeli belah barang-barang keperluan dapur dan ikan kucing. Kakak penjual ikan di pasar tersebut meawarkan WP sekilogram telur ikan mayung. Apa lagi sesampai di rumah terus suruh pn is3 masak lemak cili api.



Telur ikan mayung masak lemak cili api.
Kuahnya tidak membeku

Petua masak telur ikan mayung

Biasanya kalau kita masak telur ikan mayung, masalahnya ialah kuah akan menjadi pekat dan akan membeku apabila sejuk menyebabkan kurang ummp untuk di makan. Jadi pn is3 buat macam ni:

1. Seboleh-bolehnya jangan buka sarung telur untuk mengelakkan telur pecah dan menjadi hancur.
2. Sekiranya kantung telur telah dibuka, jangan buang urat-urat telur (yang menjadikan telur                    bergugus) untuk mengelakkan telur pecah.
3. Basuh dan rendam seketika telur ikan tersebut dengan air kapur.
4. Jangan potong-potong telur ikan tersebut dan rebus seketika sebelum dimasak.
5. Didihkan dengan api yang perlahan dan perlu dipalik-palikkan beberapa kali.
6. Jangan tutup periuk/kuali semasa memasaknya.
7. Jangan masak terlalu lama.

Untuk memasak telur ikan mayung, biasanya kita memasaknya sehingga tiga suku masak sahaja supaya lebih enak dimakan dan pecah di mulut. Telur ikan mayung yang 'over cooked' akan menjadi keras dan kenyal serta melekat di gigi dan susah ditelan.

Selamat mencuba.
Enaknya telur ikan mayung.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan