Sabtu, 2 September 2017

Pokok Kelapa Matag

Ada beberapa pokok kelapa matag yang WP tanam di belakang rumah dan sudah berbuah. Pokok kelapa ini lebih cepat berbuah berbanding pokok kelapa kampung, lebih kurang tiga tahun sudah mula berbuah. Buahnya juga bersaiz besar setanding dengan kelapa kampung malah ia lebih lebat.

Pokok kelapa matag tulen adalah hasil kacukan daripada kelapa kampung tempatan (Malayan Tall) dengan kelapa Tagnanan daripada Filipina disingkatkan jadi "Matag". Bekalan benihnya amat terhad, jadi yang banyak dijual adalah benih anak pokok kelapa matag. Pokok yang WP tanam ini juga mungkin  dari benih anak pokok kelapa matag kerana dibeli daripada nurseri persendirian.


Kelapa matag yang berbuah lebat


Anak benih kelapa anak matag
RM25.00 sepokok


Pokok 1 (2 tahun)


Pokok 2 (2 tahun)


Pokok 3 (2 tahun)


Sekarang (4 tahun)


Sepokok lagi


Sepokok lagi 
(baru mula berbuah)


Putik kelapa matag


Buah muda.


Sesuai dijadikan minuman air kelapa


Buah kelapa  matag muda yang dituai


Isi kelapa matag muda
dicampur dalam minuman air kelapa muda

Setandan  kelapa matag mengandungi 8 hingga 12 biji buah kelapa. Buah yang terlampau banyak akan menyebabkan tandan kelapa menjadi sekah atau saiz buahnya tidak begitu besar. Setakat ini WP lebih suka menuai buah kelapa matag muda dijadikan minuman air kelapa. Rasa airnya lebih manis dan tidak perlu ditambah gula.

Salam bertani.
Catat Ulasan