Ahad, 17 September 2017

Pokok Keledek Sayur

Salam bertani.

WP ada menanam beberapa batas pokok keledek sayur. Pokok keledek ini ditanam bukan untuk mendapatkan ubinya tetapi dituai daun/pucuknya untuk dijadikan sayuran. Pokok keledek sayur di tanam secara berbatas seperti menanam pokok kangkung atau pun bayam. Ia boleh juga ditanam di dalam pasu atau pun secara hidrophonik. Pokok keledek sayur yang biasa dituai daunnya tidak menghasilkan ubi seperti keledek lain. Bentuk daun keledek sayur juga berbeza dengan daun keledek biasa dan tidak mengandungi getah.

Daun/pucuk keledek sayur boleh diolah menjadi pelbagai jenis masakan. Ia boleh dicelur dan dimakan dengan sambal tumis bersama dengan nasi putih. Pucuk keledek sayur juga enak dimasak lemak dengan labu, masak goreng belacan, masak tumis cili api, masak tumis air, masak air (bening) atau masak kari.


Satu batas keledek sayur yang ditanam di hadapan rumah.


Boleh dituai berulang kali.
Tunas baru akan tumbuh dengan lebih banyak selepas pucuknya dituai.


Ditanam bersama-sama tanaman hiasan lain di sekeliling rumah.



Pucuk keledek sayur  yang dituai


RM1.00 seikat.
Sangat digemari oleh kaum Cina.


Dijual bersama-sama sayuran lain di paskam.

Daun keledek sayur dipercayai mengandungi bahan antioksidan dan polifenol yang tinggi berbanding jenis sayuran berdaun yang lain. Ia baik untuk kekebalan tubuh dari serangan pelbagai penyakit serta memberikan tenaga kepada tubuh badan. Daun keledek juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral semula jadi yang mudah dan murah didapati untuk kesihatan jantung kita. Daun keledek juga mengandungi serat yang tinggi yang bermanfaat untk sistem pencernaan kita..

Tanamlah pokok keledek sayur untuk mendapatkan manfaat khasiat kesihatan yang murah dan mudah.
Salam bertani.
Catat Ulasan