Selasa, 10 Oktober 2017

Pokok Zamia Furfuracea

Salam bertani.

Ada beberapa pokok zamia furfuracea hidup di hadapan rumah WP yang telah melebihi sepuluh tahun umurnya. Pokok ini asalnya WP beli di sebuah ekspo pertanian dengan harga RM10.00 satu pot. Mula-mula WP tanam dalam pasu dan diletakkan di beranda rumah. Apabila sudah terlalu besar, WP ubahkannya ke tanah.

Pokok zamia ini lebih dikenali sebagai pokok palma kadboard kerana daunnya yang keras dan tebal.
Sesuai ditanam di kawasan yang terdedah dengan pancaran cahaya matahari sepenuhnya. Ia boleh dibiakkan melalui pengasingan anak pokok yang tumbuh di sekeliling perdu pokok dewasa. Pokok ini juga boleh berbunga dan mengeluarkan biji benih.

Pokok ini tiada nilai herba dan dikatakan keseluruhan bahagian pokok zemia ini bertoksid kepada manusia dan haiwan. Keracunannya  dikaitkan dengan masalah kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. Waulahualam.

Sepohon zamia yang mempunyai batang tunggal


Batang pokok zemia ini bercabang kepada beberapa bahagian


Ditanam di luar pagar rumah 


Anak pokok yang tumbuh di batang induknya.


Anak pokok boleh dipisahkan dan disemai sebagai anak benih.

Salam bertani.
Catat Ulasan