Jumaat, 20 Oktober 2017

Buah Kuini

Salam bertani.

Buah kuini merupakan buahan bermusim yang paling awal sekali matang dan boleh dituai berbanding buah-buahan lain dalam sesuatu musim buah-buahan. Selepas buah kuini habis musim, barulah buah-buahan lain matang seperti durian, rambutan, pulasan, cempedak dan lain-lain. Buah rambai pula merupakan penutup musim buah-buahan.

Ada beberapa  pokok kuini di dusun WP yang ditanam menggunakan biji benih dan sudah banyak kali berbuah. Sekarang telah ada benih kuini klon cantuman yang susuai ditanam kerana lebih berkualiti dan cepat berbuah.

Pada musim kali ini hanya sepokok kuini sahaja yang berbuah  dan sudah mula menggugurkan hasilnya. WP ada merakamkan perkembangan buah kuini tersebut untuk dimuatkan dalam entri kali ini.


Buah kuini yang hampir matang baru dituai.
Akan matang dalam masa beberapa hari.
Harga pasaran RM6.00 sekg.



04.07.2017
Pokok kuini mula berbunga
Bunga kuini berwarna merah dan berbau harum


04.08.2017
Putik buah kuini



18.09.2017
Buah kuini muda.


Buah kuini muda enak dibuat sambal belacan.


Buah yang lebat berjuraian hampir ke tanah.


Rupa dan bentuknya seakan-akan buah mangga/pelam


Close-up sebiji buah kuini 


16.10.2017
Buah kuini hampir matang


Setangkai buah kuini


17.10.2017
Buah kuini matang mula gugur sendiri.
Warnanya hampir kekuningan dan beraroma kuat.


17.10.2017
Isi buah kuini matang berwarna kuning
Sangat berjuisy, beraroma  dan manis bersari.

Buah kuini dikatakan sangat bermanfaat kepada kesihatan kerana mengandungi vitamin C dan A, zat besi, kalsium, fosfur dan kadar serat yang tinggi. Ia juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan kadar gula yang rendah dan sesuai dimakan oleh pengidap diabetis.

Salam bertani.

2 ulasan: