Khamis, 5 Oktober 2017

Riwayat Hidup Pisang Raja Udang

Salam bertani

Entri kali ini menceritakan tentang riwayat hidup sepohon pisang raja udang yang WP tanam di tepi pagar rumah dari mula ditanam sehinggalah dituai. Pokok pisang raja udang ini berbeza daripada pokok pisang lain kerana warna pokok dan buahnya yang unik. Cara penanaman dan penjagaannya sama sahaja dengan pokok pisang yang lain.



03.06.2016 
Anak pokok pisang raja udang mula disemai menggunakan
sulur pedang


10.08.2016
Selepas kira-kira dua bulan ditanam.
Pembesarannya agak lambat kerana musim kemarau


08.12.2016


10.02.2017
Pokok pisang raja udang berumur 8 bulan
Sudah mengeluarkan dua sulur anak pokok.


17.06.2017
Pokok pisang raja udang mempunyai saiz yang besar dan tinggi
melepasi bunbung rumah.


03.07.2017
Sulur pedang sudah membesar


03.07.3017
Memakan masa setahun baru mula mengeluarkan jantung


10.08.2017
Buah pisang raja udang berwarna meroon.


01.09.2017
Buahnya juga  bersaiz besar.


03.10.2017
Buah yang hampir matang dan sudah sesuai untuk dituai.


03.10. 2017
Cara menebang pokok pisang yang betul.
Batang tidak putus dan buah tergantung tidak mencecah tanah
supaya buah tidak rosak.


03.10.2017
Setandan buah pisang raja udang yang dituai.


03.07.2017
Setandan ada 6 sisir buah.


Buah pisang raja udang disisir dan dijemur sebelum diperam


Sesisir buah pisang raja udang


Sesisir buah pisang raja udang yang sudah matang
dan sesuai untuk dimakan.

Bua pisang raja udang yang masak sesuai dimakan sebagai pencuci mulut. Rasanya manis dan sangat lazat kerana tekstur isinya yang lembut. Ia juga boleh dibuat cekodok, lempeng atau kek pisang.

Salam bertani.
Catat Ulasan