Ahad, 1 Oktober 2017

Pucuk Manis Tepi Pagar

Salam bertani.

WP nak tunjukkan sebatas tanaman pokok pucuk manis di tepi pagar rumah. Tanaman ini telah berulang kali dituai dan masih hidup subur memberikan hasil. Lebihan hasil yang tak termakan sendiri, dapat juga dipasarkan di pasar tani/paskam.

Pokok pucuk manis ini WP biakkan menggunakan keratan batang muda. Ia juga boleh disemai melalui biji benih.  Selain ditanam di batas pokok pucuk manis juga boleh ditanam dalam pasu.

Pucuk manis paling sesuai dimasak lemak campur labu atau keledek atau telur itik. Ia juga sesuai dimasak goreng belacan, masak sup atau masak air/bening.


Sebatas tanaman pokok pucuk manis di tepi pagar rumah


Ditanam bersama2 pokok pisang


Pucuk manis yang dituai
RM1.00 seikat


Bunga pokok pucuk manis


Buah muda pokok pucuk manis.


Buah matang pokok pucuk manis.
Sebiji mengandungi 3 biji benih.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Komen