Ahad, 29 Oktober 2017

Pisang 40 Hari

Salam bertani

Salah satu jenis pisang yang sangat mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil ialah pokok  pisang 40 hari. Nama lain bagi pisang 40 hari ialah pisang boyan tetapi pisang 40 hari bukanlah pisang lemak manis.

Pokok pisang 40 hari agak kecil dan rendang sehinggakan buahnya boleh dicapai dengan tangan. Walau bagaimana pun tandannya agak besar dan berat terutama bagi pokok yang subur dan dijaga dengan rapi. Buahnya bersaiz kecil dan sangat sesuai dijadikan halwa mulut kerana rasanya yang agak manis dan bertekstur halus. Kelemahan buah pisang 40 hari ini ialah sekiranya telah masak ranum, buahnya mudah lerai dan kulitnya akan melekat dan sukar dikupas.

Ia dipanggl pisang 40 hari kerana tempuh matang buahnya yang sangat cepat iaitu lebih kurang satu setengah bulan sahaja. Selain dijadikan pencuci mulut, pisang 40 hari yang masak ranum boleh dijadikan cekodok atau lempeng. Buah mudanya pula boleh dimasak lemak cili api dan sebagainya. Harganya yang murah menyebabkan pisang ini sering dijadikan makanan burung dan monyet peliharaan.


Setandan buah pisang 40 hari yang matang setelah diperam.
Pokok yang subur boleh menghasilkan buah sehingga 20 kg.


Sepohon pisang 40 hari di tepi pagar rumah WP
mula mengeluarkan jantung.



Seperdu lagi menghasilkan dua pohon yang berbuah serentak.


Putik buah pisang 40 hari beserta jantungnya.


Jantung pisang perlu dipotong untuk
mendapatkan buah yang berkualiti.


Buah muda pisang 40 hari


Buah muda pisang 40 hari di pokok.
Buahnya rendah dan boleh dicapai tangan.


Buah pisang 40 hari mula berisi setelah sebulan berbuah.


Setelah sebulan setengah, sebahagian buah pisang
mula matang dan bolehlah dituai.


Buah matang pisang 40 hari yang dijual di paskam.
Harganya RM2.50 sekg.

Salam bertani.

2 ulasan: