Rabu, 29 Jun 2016

Pokok Longan Labu.

Salam bertani.

Ada dua pokok longan labu yang terdapat di belakang rumah WP hidup dengan subur dan aman damai. Sepokok ditanam dan sepokok lagi tumbuh sendiri daripada biji benih yang dibuang. Sekarang kedua-dua pokok sedang berbunga dan menghasilkan buah-buahnya masing-masing.


Bunga longan dan labu pada satu pokok.



Putik longan dan labu.




Putik labu betina.


Putik labu telah terdebunga dan putik longan.


Buah labu muda.


Putik labu dan buah longan ping pong.


Buah labu tergantung.


Sebiji lagi


Sebiji lagi


Sebiji lagi


Sebiji lagi.


Buah labu pertama hampir matang.


Inilah sebahagian daripada pandangan 
pokok longan labu yang dimaksudkan.

Sebenarnya pokok longan labu yang dimaksudkan adalah dua pokok yang berbeza. Sepohon longan ping pong yang rajin berbuah dan satu lagi ialah pokok labu manis yang tumbuh di bawah pokok longan ping pong tersebut. Pokok labu manis itu dibiarkan memanjat pokok longan ping pong dan telah mengeluarkan hampir sepuluh biji buah labu manis yang tergantung-gantung di pokok longan. Itulah yang dipanggil pokok longan labu.

Salam bertani.





Catat Ulasan