Jumaat, 10 Jun 2016

Pemangkasan Pokok Buah-buahan 1

Salam bertani.

Sebahagian daripada pokok buah-buahan yang ada di dusun WP perlu dipangkas untuk pelbagai tujuan. Pemangkasan bermaksud memotong atau membuang dahan-dahan pokok yang tidak diperlukan dan beberapa tujuan lain.

   Salah satu tujuan pemangkasan pokok buah-buahan ialah untuk mendapatkan bentuk atau kanopi pokok yang sesuai. Pokok buah-buahan yang dipangkas akan menjadi lebih rendang dan rimbun supaya kita senang menuai hasilnya. Pokok bauh-buahan yang biasanya kerap dipangkas adalah seperti pokok rambutan, pulasan, mangga, duku/dokong, rambai, cempedak, durian belanda dan nangka. Manakala pokok buah-buahan yang mengugurkan hasilnya apabila  matang biasanya tidak perlu dipangkas seperti pokok durian.

Selain itu kita memangkas pokok buah-buahan untuk membuang dahan yang berpenyakit atau rosak, menbuang tuas-tunas liar/air, memberi ruang untuk cahaya matahari, mengelakkan pokok tumbang kerana bahagian atas terlalu berat dan tinggi, menggalakkan pertumbuhan pucuk baru yang lebih sihat dan lain-lain.

Ada pemangkasan yang dibuat secara major iaitu kesemua dahan pokok dipangkas untuk mendapatkan bentuk pokok yang baharu. Pemangkasan minor pula dilakukan dengan membuang sebahagian dahan yang tidak diperlukan sahaja. Pokok buah-buahan yang dipangkas biasanya tidak mengeluarkan hasil selama semusim atau dua musim.

1. Pemangkasan major pokok rambai.


Berbuah pada musim yang lepas.
Pokoknya besar dan tinggi berusia 20 tahun.


Dilakukan pemangkasan major pada Jan. 2016 

Feb.2016 : Mula mengeluarkan pucuk baru


Mac 2016 : Lebih banyak pucuk baru yang tumbuh.


April 2016 : Akan menjadi pokok yang lebih rendang dan rendah.


Mei 2016 : Sebahagian daripada dahan baru perlu dibuang.
                                    Pokok rumpai di bahagian bawahnya menjadi subur kerana
                 mendapat bekalan cahaya matahari yang cukup.


Jun 2016 : Keadaan pokok pada masa sekarang.
                                       Tidak akan mengeluarkan hasil selama dua musim.


 2. Pemangkasan major pada pokok rambutan.


Mac 2015 : Beberapa bulan selepas dipangkas.
Hanya sebahagian pucuk baru yang disimpan dan sebahagian
lain yang perlu dibuang.


Sept. 2015 : Dahan baru sudah mula membesar



Nov. 2015: Pokok membentuk kanopi baru.
Tunas liar/air perlu dibuang.



Jan 2016 : Pokok lebih rendang, rimbun dan seimbang

Feb. 2016 : Pokok mula mengeluarkan pucuk baru.


Mac 2016 : Pokok berdaun tua dan bersedia untuk berbunga 
pada musim kali ini.


Mei 2016 : Pokok sekali lagi mengeluarkan pucuk baru.
Pokok tidak berbunga kerana fenomina elnino yang menyebabkan
cuaca terlalu panas.


Jun 2016 : Kedaan pokok sekarang.
Pucuk baru semakin banyak dan sebahagian pucuk
tua mengeluarkan bunga.

Salam bertani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan