Rabu, 1 Jun 2016

Ubi Kayu 1 : Ubi Kuning.

Salam bertani.

Terdapat beberapa jenis ubi kayu yang ditanam di kebun WP. Salah satunya ialah ubi kuning. Kegunaan ubi kuning ini sama sahaja seperti ubi kayu yang lain, Perbezaannya ialah isi buah ubi kayu ini berwarna krim atau kuning muda. Buah ubi kayu kuning biasanya dibuat tapai kerana warnanya yang menarik dan ia tidak hancur apabila direbus.

   Selain itu, buah ubi kuning juga boleh direbus, digoreng, dibuat pengat, kuih bakar dan getuk ubi manakala pucuknya boleh dijadikan sayuran. Kelebihan buah ubi kayu kuning selain warnanya yang menarik ia tidak berkayu seperti buah ubi kayu yang lain. Pokok ubi kayu kuning juga biasanya berbuah lebat dan saiz buahnya tidak begitu besar. Ia boleh dituai selepas enam bulan ditanam.


Pokok ubi kayu kuning yang ditanam di luar pagar rumah WP


Pokoknya mudah bercabang dan rimbun.

 



Pucuk dan batangnya berwarna hijau kekuningan.
Pucuknya boleh dijadikan sayuran.


Buah ubi kayu kuning tidak berkayu


Isi buah ubi kayu kuning.


Ubi kayu kuning goreng.
 Santapan petang yang enak bersama teh-O/kopi-O panas.

Salam bertani.

Catat Ulasan