WP memanggilnya pokok janggut tok adam, tetapi mungkin ada nama lain di tempat lain. Tumbuhan ini amat unik kerana hidup tergantung tanpa memerlukan tanah dan nutrien. Keperluannya hanyalah cahaya matahari dan siraman air sahaja.
Ada beberapa pokok janggut tok adam yang tergantung di wakaf depan rumah WP dan di anjung rumah. Pokok ini telah berusia beberapa tahun dan tergantung hampir dua meter ke bawah. Semakin lama ia hidup semakin panjang juraiannya .Penjagaannya amat mudah iaitu hanya menyiramnya dengan ari paip sekiranya tidak hujan. Peringkat awal penanaman perlu diletakkan di tempat yang sedikit naung dan sekiranya sudah membesar bolehlah digantung di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari dan curahan air hujan.
Untuk menanamnya perlulah dibuatkan sarangnya daripada dawai pagar atau plastik dan diletakkan beberapa helaian pokok tersebut. Seeloknya sarangnya berbentuk bulat dan boleh digantung di mana-mana. Pokok janggut tok adam akan berjurai sedikit demi sedikit sehingga memenuhi sarang tersebut.
Dua juraian pokok janggut tok adam tergantung di wakaf.
Juraiannya menghampiri 2 meter.
Pokok janggut tok adam tidak berbunga atau berbuah.
Sejuraian lagi digantung di pokok longan ping pong.
Digantung bersama-sama pokok paku tanduk rusa dan pokok paku langsuir.
Sepohon yang digantung di beranda rumah.
Hampir mencecah lantai.
Terdedah kepada cahaya matahari pagi dan perlu disiram sekali-sekala.
Sepohon lagi yang tergantung di depan rumah. Juraiannya melebihi 2 meter.
Pokok janggut tok adam boleh ditanam sebagai tanaman hiasan yang unik dan cantik di halaman rumah. Penjagaannya mudah dan pertumbuhannya terbalik iaitu semakin menjurai ke bawah.
Salam bertani.
salam, bolehkah pokok ini diletak di tempat yang panas tengah hari? sebab nak buat pokok ni jadi tirai ..
BalasPadamBoleh
BalasPadamSy ada tanam pokok ney.. Tp, ada sedikit kehitaman, knp yer???
BalasPadamCuba gantung di tempat yang kena cahaya matahari
BalasPadamSalam..saya ada tanam pokok janggut ni, ttp kenapa macam hidup segan mati tak mahu. Macam tak subur. Mintak pandangan.
BalasPadamPeringkat awal penanaman, gantung di tempat teduh dulu
Padamboleh tk di letak berjurai di pasu yg ada air
BalasPadamTak perlu
PadamSy baru bli pokok ni...nk suburkannya pkai baja apa
BalasPadamBoleh gunakan baja semburan AB
Padamatau siramkan air basuhan beras
Bagaimana nk dapat kan pokok ni ye..bnyk nursery yg saya pergi x ada dijual
BalasPadamKlw tnm dkt ruang tamu blh x..klw nk siram tu just sembur je
BalasPadamPokok ni perlukan pencahayaan matahari
PadamPkok nih sebnrnye sesuai dgntung tmpt yg teduh ke pns?
BalasPadamMasa mula tanam letaklah di temat teduh.
PadamSelepas itu letaklah di tempat yang dapat cahaya matahari terutama cahaya matahati pagi.
Mcmana pokok ini membiak ye selaon menjadi panjang
BalasPadammengeluarkan cabang dan pucuk yang menjuntai ke bawah.
BalasPadamTuan ada menjual benih rumput ini atau rumpit. Boleh sy membelinya
PadamMaaf tak jual
PadamCari kat nerseri pertanian yang jual pokok2 bunga
Biasanya ada poko ni
Assalamualaikum, bagaimana nak tahu, hasilnya nanti warna putih atau hijau ya tuan?
BalasPadamWkmsalam
PadamPokok yang terdedah kepada cahaya matahari lebih cerah warnanya berbanding yang dinaungi
Klw tnam msh sama pnjg dgn dawai atas & belum mjalar..perlu brp lama tuk menjalar(kwsn teduh+air)
BalasPadamDalam masa beberapa bulan
PadamApa baja untuk menyuburkannya
BalasPadamPerlukan air yg byk? Sbb nk letak kat balcony tapi airnya tak nak basahkan lantai
BalasPadam