Isnin, 6 Jun 2016

Pokok Tanduk Rusa.

Salam bertani

Pokok tanduk rusa pada habitat asalnya adalah pokok liar yang terdapat menumpang di dahan-dahan pokok besar di dalam hutan. Ia merupakan pokok paku pakis seperti juga pokok paku langsuir yang mengeluarkan spora untuk membiak.

Pada masa sekarang pokok paku tanduk rusa telah ditanam sebagai tanaman hiasan yang digantung di persekitaran rumah atau di lekatkan pada pokok-pokok tanaman. Pokok tanduk rusa mempunyai dua jenis daun yang berbeza. Daun yang pertama berbentuk seperti mangkuk dan naik ke atas memberi bentuk kepada pokok tersebut. Daun kedua terjuntai ke bawah bercabang-cabang seperti bentuk tanduk rusa jantan. Mungkin sebab itu ia dipanggil pokok tanduk rusa.

Ada beberapa pokok tanduk rusa yang digantung di bahagian dapur rumah WP dan sepokok lagi digantung pada pokok rambutan di belakang rumah. Penjagaan tidaklah begitu rumit asalkan ia tidak terdedah kepada pencahayaan terus sinaran matahari.


Pokok tanduk rusa yang digantung di belakang rumah.


Digantung di hujung dapur


Juga digantung di belakang rumah


Sepohon lagi.


Pokok tanduk rusa yang di tanam dalam pasu dan digantung pada
dahan pokok rambutan.

Pokok paku tanduk rusa mempunyai nilai perubatan herba yang digunakan oleh masyarakat kita pada zaman dahulu. Ia dikatakan boleh mengubati dan meredakan beberapa penyakit yang dialami oleh pengamalnya. Waulahualam.

Salam bertani.

3 ulasan:

  1. Tuan, Tak perlu tanah ke? Kalau tggl di Apartment xde pokok, mcmn cara nak tanam? Kwn ada beri od saya, tp Sesungguhnya saya memang tak tahu cara unt menguruskannya. Harap tuan dpt bantu saya.

    BalasPadam
  2. Tak perlukan tanah
    Gantung aje di tempat yang teduh atau terlindung daripada cahaya matahari yang terik.
    Siram sekali sekala kalau lama tak hujan

    BalasPadam