Rabu, 22 Jun 2016

Kebun Buah-buahan 5 : Musim Buah.

Salam bertani.

Sebahagian pokok buah-buahan bermusim dan tidak bermusim yang ditanam di kebun WP sedang berbuah. Sebenarnya musim buah-buahan pada kali ini kurang menjadi jika dibandingkan dengan musim-musim sebelumnya  akibat fenomena cuaca kepanasan melampau yang lepas. Musim panen buah-buahan bermusim dijangkakan selepas tamat bulan raya.

1. Buah Durian. Ada durian kampung (biji benih), durian tembaga (biji benih),
    durian kim hong (klon) dan raja kunyit/musang king (klon).







2. Buah rambutan. Ada rambutan jarum mas, rambutan anak sekolah dan rambutan gading.








3. Buah Pulasan.














4. Buah nangka. Ada nangka madu J33, nangka merah dan nangka kampung.






5. Buah manggis. Buah manggis kampung bentuk bulat
     dan manggis mesta bentuk lonjong.







6. Buah jambu boll





7. Buah limau. Ada limau kasturi, limau bali dan limau pagar.




limau kasturi


Ni saya panggil limau pagar. Nama sebenar limau kumquat. Buahnya kecil
sedikit daripada limau kasturi, rasanya masam.


limau bali




8. Buah jambu air.






9. Buah cempedak. Buah cempedak perlu dibalut untuk mengelakkan serangan
     serangga perosak. Buah cempedak tidak begitu menjadi pada musim ini.






10. Buah pelam epal. Sebahagiannya telah dituai muda.






11. Buah kopi. Buah yang matang berwarna merah.






12. Buah belimbing besi. Perlu dibalut untuk mengelakkan kerosakan.





13. Buah delima merah.



14. Buah Kuini.


15. Buah durian belanda.



16. Buah nanas sarawak.



17. Buah asam jawa.




18. Buah longan ping pong.



19. Putik duku terengganu. Pokok buahan bermusim yang paling lewat berbunga.




20. Buah kelapa mataq.  Tandan pertama.



Rezeki kita Allah tentukan. Kita perlu berusaha dan ada minat yang mendalam untuk melaksanakan sesuatu.

Salam bertani.
Catat Ulasan