Musim panas melampau gejala el-nino yang melanda negara kita beberapa bulan yang lepas telah memberi kesan negatif terhadap sektor pertanian. Sebahagian besar tanaman buah-buahan bermusim yang sepatutnya berbunga pada masa itu tidak mengeluarkan bunga. Hanya sebahagian pokok buah-buahan yang berbunga seperti durian, kuini, rambutan, duku, pulasan, manggis itu pun tidak sekata dan tidak lebat.
Adalah dijangkakan, musim buah-buahan pada tahun ini yang akan bermula selepas raya akan mengalami kekurangan bekalan dan kemungkinan harganya akan meningkat. Musim buah-buahan pula akan lebih panjang kerana sebahagian pokok buah-buahan berbunga berperingkat-peringkat. Contohnya buah durian sekarang ada yang sudah dituai, ada yang masih muda, ada yang sedang berputik dan ada yang sedang berbunga.
Pokok buah-buahan di kebun WP juga mengalami gejala yang sama. Sebahagian pokok buah-buahan sudah berbunga dan sedang berputik sekarang. Sebahagiannya tidak berbunga langsung.
1. Peringkat pembungaan durian.
2. Bunga Kuini.
3. Bunga pokok pulasan.
4. Peringkat pembungaan rambutan. Dari tangkai bunga mula terbentuk sehingga berputik.
5. Bunga manggis mesta.
6. Peringkat pembungan jambu boll
7. Bunga belimbing besi.
9. Pembentukan bunga pokok duku Terengganu.
10. Bunga pokok longan ping pong
11. Bunga delima merah.
12. Bunga durian belanda.
13. Putik Kelapa mataq hijau.
14. Bunga pokok pelam epal.
Pokok buah-buahan yang berbunga telah berputik sekarang. Ada yang berbuah lebat dan ada juga yang tidak menjadi. Malah buah-buahan yang ada di pokok juga perlu dijaga daripada perosak tanaman seperti tupai, kelawar, babi hutan dan monyet.
Segala rezeki hasil titik peluh kita datangnya dari Allah jua.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan