Selasa, 7 Jun 2016

Tanaman Pisang 7 : Pokok Pisang Lilin.

Salam bertani.

Pokok pisang lilin merupakan salah satu jenis pisang yang ditanam di kebun WP. Rumpun pokok pisang lilin tahan hingga bertahun-tahun seperti pisang kapas sekiranya dijaga dengan baik. Pokoknya sederhana besar seperti pisang emas atau pisang berangan dan menghasilkan buah yang lebat sekiranya subur.

   Pokok pisang lilin dibiakkan melalui sulur yang dihasilkan oleh pokok induk. Buah pisang lilin biasanya dimakan sebagai pencuci mulut tetapi ia boleh juga digoreng. Semasa pokok pisang nipah mengalami penyakit pisang di seluruh kawasan di negeri Johor, buah pisang lilin dijadikan alternatif menggantikan pisang nipah sebagai pisang goreng. Buah pisang lilin boleh juga dijadikan cekodok, lempeng pisang, kek pisang atau pun pengat pisang. Daun pisang lilin pula sesuai dijadikan pembungkus (tempe atau nasi lemak) kerana daunnya tebal dan tahan lama.


Anak benih pokok pisang lilin.



Pokok pisang lilin yang baru berputik.


Buah pisang lilin dan jantungnya.
Jantung pisang lilin boleh dijadikan masakan.



Buah pisang lilin muda.
Jantung pisang perlu dipotong supaya buah pisang lebih besar.


Buah muda pisang lilin juga boleh dijadikan sayuran.
Biasanya dimasak lemak.


Buah dari pohon yang sama hampir matang.


Seperdu pisang lilin yang subur dengan buah yang hampir matang
dan beberapa anak pokok di sekelilingnya. Buahnya boleh dicapai tangan.


Setandan buah pisang lilin yang matang dan sesuai untuk dituai.
Beratnya sekitar 30 kg.


Buah pisang lilin yang telah masak.
Warna kulitnya hijau kekuningan.
Telah sesuai untuk digoreng.


Buah pisang lilin yang dijual di pasar tani.
Harganya sekitar RM3.50 sekg.
Kulitnya akan menjadi kuning  apabila masak ranum.


Pisang lilin goreng. Rasanya manis dan isinya tidak benyek.
Sesuai dijadikan hidangan untuk berbuka puasa atau semasa moreh.

Salam bertani.

Catat Ulasan