Salam bertani
Rabu, 17 Januari 2018
Selasa, 16 Januari 2018
Anak Benih Pokok
Salam bertani
Ada beberapa jenis anak benih pokok buah-buahan dan tanaman hiasan di tapak semaian WP yang menunggu masa untuk di ubah ke dusun dan kebun di belakang rumah. Cuaca yang redup dan lembap sekarang amat sesuai untuk mengubah anak pokok bagi mengelakkan layu akibat kepanasan. Sebahagiannya sudah ditanam dan sebahagiannya sedang menunggu giliran.
Ada anak benih yang WP beli daripada nurseri pertanian dan ada juga yang dibiakkan sendiri.
Rasa seronok dan terhibur melihat anak-anak pokok ini membesar di depan mata.

Pokok petai siam - cantuman mata tunas
jambu batu lohan - tut
Pokok bunga kenanga - tut
Pokok sukun - keratan akar
Pokok nangka madu - cantuman mata tunas
Pokok tenggek burung - biji benih
Pokok jambu mawar - biji benih
Pokok markisa telur - biji benih
pokok bebuas - keratan batang
Pokok belinjau - biji benih
Pokok kantan - biji benih
Pokok durian belanda - biji benih
Pokok durian musang king - cantuman mata tunas
Pokok manggis master - cantuman baji
Pokok nona kapri - biji benih
pokok nona serikaya - biji benih
Pokok cermai - biji benih
pokok kedondong - biji benih
pokok turi - keratan batang
Pokok asam gelugur - cantuman baji
Pokok longan brazil - biji benih
Pokok durian kim hong - cantuman mata tunas.
Pokok lemon - tut
Pokok limau bali merah - tut
Pokok jambu botol/susu - biji benih
Pertanian dapat menjana sumber pendapatan.
Salam bertani.
Isnin, 15 Januari 2018
MB 31 : Ikan Haruan
Salam bertani
Bila musim-musim hujan begini, air sungai dan tali air/ parit akan penuh. Oleh kerana kerja-kerja bertani tidak sesuai dijalankan, WP ambil keputusan memikul joran untuk 'mengukur sungai'. Inilah hasilnya.
Diantara khasiat ikan haruan:
i) penyembuhan penyakit kulit seperti radang, gatal-gatal, kudis dan lain-lain.
ii) penyembuhan luka dalaman (akibat pembedahan) atau luaran.
iii) mengandungi vitamin A untuk penglihatan, melembapkan kulit dan melambatkan proses penuaan.
iv) Kalogen yang dapat mencantikkan kulit.

Rabu, 10 Januari 2018
Isnin, 8 Januari 2018
MB 30 : Kerusi Tayar
Salam bertani
Dua buah kerusi yang diperbuat daripada tayar terpakai
Pandangan hadapan
Pandangan sisi
Pandangan belakang
Pandangan sisi
Salam bertani.
Ahad, 7 Januari 2018
Pokok Pisang Raja
Salam bertani
Salah satu jenis pisang yang ada ditanam di persekitaran rumah WP ialah pokok pisang raja.
Pokok pisang raja agak besar dan tinggi dan memerlukan masa sehingga setahun setengah untuk mengutip hasilnya.
Buah pisang raja dikatakan buah pisang yang paling enak dan sesuai dijadikan pisang goreng berbanding buah pisang lain. Ia juga sesuai dijadikan makanan pencuci mulut, dibuat pengat pisang atau pun kek pisang. Buah mudanya boleh dijadikan kerepek pisang.
Buah pisang raja yang matang berwarna kuning terang dan isinya juga berwarna kekuningan serta beraroma.
Ikutilah riwayat hidup seperdu pisang raja yang ditanam di tepi pagar rumah WP.
Bekalan buah pisang raja agak terhad kerana ianya tidak banyak ditanam dan biasanya ditanam untuk kegunaan sendiri sahaja. Ia sangat diburu oleh penggemar pisang goreng kerana rasanya yang unik dan tersendiri.

Sesikat buah pisang raja matang yang dijual di paskam.
Sesuai dijadikan pisang goreng atau pun pencuci mulut.
03.06.2016- Anak benih pisang raja baru ditanam.
10.08.2016 - Anak pokok pisang raja
08.10.2016 - Anak pokok semakin membesar
24.04.2017 - Pokok pisang raja dewasa dan sudah mengeluarkan
2 sulur anak.
03.07.2017 - Pokok pisang raja mula mengeluarkan jantung.
Jantung pokok pisang raja
07.07.2017 - Pokok pisang raja mula berputik
Buah muda pokok pisang raja
17.08.2017 - Buah pisang raja semakin berisi
29.10.2017 - Buah pisang raja hampir matang
11.11.2017 - Buah pisang raja sudah matang dan sesuai digoreng.
Harga pasaran RM4.50 sekg.
Bekalan buah pisang raja agak terhad kerana ianya tidak banyak ditanam dan biasanya ditanam untuk kegunaan sendiri sahaja. Ia sangat diburu oleh penggemar pisang goreng kerana rasanya yang unik dan tersendiri.
Salam bertani.
Langgan:
Catatan (Atom)