Isnin, 14 Oktober 2024

Tak Ada Rasa Bersalah Sikit Pun Part 6

 Salam bertani

Dah lama budak bertuah seketul ni tak buat  hal. Hari ni dia start balik, Jom nengok.


Dia boleh lepak kat atas rak permainan block anak wak tu.
Satu set permaianan block kat atas tu dah dijatuhkannya.
Anak wak balik nanti menangislah.
Yang pintu terbuka tu bilik Kent dengan Ottolah tu.


Dia boleh pandang aje hasil kerja dia yang bertaburan kat bawah tu.


Pn is3 wak jugalah yang kena ngemas ni.


Ada aku kisah.
Ni port baru aku.
Salam bertani.

Rabu, 9 Oktober 2024

WW 573 : Lembut Jari Daripada Lidah

 Salam bertani

Wak nak share whatsapp daripada anak wak yang sekolah kat Melaka tu. Jom baca


Salam bertani.



Ahad, 6 Oktober 2024

Padang Ragut Banjir

 Salam bertani

Hari ini hujan turun berpanjangan daripada pukul tiga pagi hinggalah pukul sepuluh pagi menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air. Kawasan benteng sungai tempat wak menternak lembu sebahagiannya juga dinaiki air. Air sungai melimpah ke tebing akibat hujan berpanjangan tersebut. Pada petang ini paras air masih meningkat walaupun hujan telah reda kerana pihak JPS melepaskan air empangan di hulu sana. Jom tenguk


Air sungai meningkat mendadak melepasi tebing


Sebahagian lembu-lembu di seberang sungai sana


Air masih meningkat walau pun cuaca sudah cerah
Kelihatan si JJ di kejauhan.


Laluan di benteng sungai


Seekor lagi di seberang sungai.


Benteng sungai masih selamat buat si Zura.


Harap-harap cepatlah surutnya.

Salam bertani.

Rabu, 2 Oktober 2024

WW 572 : Sarapan Pagi Rabu

 Salam bertani

Pn Is3     : Bapaknya pagi ni saya malaslah nak masak. Kita sarapan luolah.

Wak        : Beres

(Dalam perjalanan)

Wak       : Emaknya nak sarapan kat mana?

Pn is3    : Kita singgah warung Haji Mahat.


Pn is3 order mi bandung dan kopi gobres.


Wak order mi hoon goreng basah dan teh O.

Selamat menjamu selera.

Salam bertani.

Isnin, 30 September 2024

Membaja Pokok Buah-buahan Selepas Berbuah

 Salam bertani

Musim buah-buahan tempatan sudah berakhir. Wak pun sudah selesai membaja pokok buah-buahan di dusun WP. Wak nak tunjukkan baja sebatian yang wak gunakan untuk membaja pokok-pokok durian, rambutan, cempedak, pulasan dan manggis selepas  berbuah.


Wak beli empat beg baja sebatian @ 50 kg.


Baja impot keluaran Behn Meyer AgriCare jenama  ENTEC.


Mengandungi 20% N, 10%P, 10% K dan 3%S.
Kandungan N yang tinggi untuk meransang pertumbuhan
pucuk baharu dan tumbesaran pokok.


Inilah rupa paras butiran baja ENTEC
Sesuai juga digunakan untuk tumbesaran 
anak pokok buah-buahan.


Harganya RM 195.00 sebeg 50 kg.


Belanja gambar buah rambutan jarum emas.


Belanja gambar buah durian D2.
Salam bertani

Rabu, 25 September 2024

WW 571 : Bunga Kantan

 Salam bertani

Pn is3    : Bapaknya kalau pegi kebun nanti amekkan bunga kantan

Wak       : Beres

(Pulang dari kebun)

Wak      : Bunga kantan dah siap

Pn is3    : Banyaknya, nak sekuntum aje buat gulai asam pedas kepala mayung.





Salam bertani