Ahad, 6 Oktober 2024

Padang Ragut Banjir

 Salam bertani

Hari ini hujan turun berpanjangan daripada pukul tiga pagi hinggalah pukul sepuluh pagi menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air. Kawasan benteng sungai tempat wak menternak lembu sebahagiannya juga dinaiki air. Air sungai melimpah ke tebing akibat hujan berpanjangan tersebut. Pada petang ini paras air masih meningkat walaupun hujan telah reda kerana pihak JPS melepaskan air empangan di hulu sana. Jom tenguk


Air sungai meningkat mendadak melepasi tebing


Sebahagian lembu-lembu di seberang sungai sana


Air masih meningkat walau pun cuaca sudah cerah
Kelihatan si JJ di kejauhan.


Laluan di benteng sungai


Seekor lagi di seberang sungai.


Benteng sungai masih selamat buat si Zura.


Harap-harap cepatlah surutnya.

Salam bertani.

3 ulasan:

  1. sana sini air naik dek hujan lebat dah tak berhenti2. semoga keadaan bertambah baik.

    BalasPadam
  2. Musin hujan .kat Perlis pun hujan .ada sesetengah kawasan yang dah naiki air .. itu pun disebabkan air ampangan dilepaskan

    BalasPadam
  3. Jgn terlajak ke tebing sudah lah lembu2 tu.. Risau terjatuh dalam sungai pula

    BalasPadam