Salam bertani
Salam bertani.
Salam bertani
Salah satu pokok durian klon duri hitam yang wak tanam hampir lima tahun dahulu sudah berbunga buat kali pertama. Berbunga agak lebat juga tetapi wak tak mengharapkan sangat hasil yang banyak kerana pokok durian muda yang berbunga kali pertama biasanya tidak menjadi. Apatah lagi cuaca sekarang yang tak menentu dengan panas terik dan hujan yang lebat menyebabkan bunga durian mudah gugur. Kalau dapat menghasilkan dua tiga biji sehingga matang pun dah syukur sangat. Jom layan.
Salam bertani
Pada minggu lepas wak menuai setandan buah pisang awak yang wak tanam di dusun. Buah pisang awak sesuai dijadikan pisang goreng, dibuat kuih nagasari, dijadikan pisang salai (tak payah salai, jemur aje) dan enak juga dijadikan pisang rebus.
Ada dua jenis pisang awak iaitu pisang awak yag buahnya banyak biji dan pisang awak yang buahnya takde biji. Yang wak tanam ni jenis pisang awak yang buahnya tiada biji.
Salam bertani
Sebenarnya wak nak bagi tahu pasal lembu wak si Yut yang berada di seberang sungai tu dah selamat melahirkan baby jantan pada minggu lepas. Wak lambat buat entri cerita ni sebab susah nak bawa hp untuk ambil gambar anak Yut di seberang sungai semasa air penuh. Alhamdulillah, anak si Yut sihat walau pun lahir masa musim hujan. Wak panggil dia si Suk ajelah.
Salam bertani.
Salam bertani
Dah masuk bulan syaaban, kariah surau dan masjid di tempat wak berlumba-lumba buat majlis tahlil arwah. Semenjak adanya c19 ni, majlis tahlil arwah dibuat di surau dan masjid berbanding sebelum itu diadakan di rumah kariah masing-masing. Juadahnya pun dah siap berbungkus dan dibawa pulang selepas solat isyak. Tahlil arwah ni akan selesai sehinggalah awal ramadan nanti.
Masyarakat jawa kat sini kalau sediakan bontrot biasanya nasi ambenglah. Sampai jemu setiap malam ngadap nasi ambeng aje. Jom layan
Salam bertani
Kebiasaannya pada awal bulan februari sehinggalah bulan mac adalah musim kemarau berbeza pada tahun ini musim tengkujuh pula. Musim hujan lebat yang berlarutan ini akan mengganggu pembentukan bunga buah-buahan bermusim dan mengakibatkan banjir di beberapa kawasan rendah.
Hujan lebat yang turun selama hampir dua jam pada malam selasa yang lepas telah mengakibatkan paras air sungai tempat wak menggembala lembu naik mendadak dan mengakibatkan sebahagian kawasan padang ragut dinaiki air. Alhamdulillah pada hari ini (khamis) air sungai sudah surut seperti biasa tetapi sebahagian rumput ragut kotor terkena lumpur.
Salam bertani
Sebelum PKP dulu, wak ada pasang soyok di depan dan tepi rumah. Baru-baru ni aje wak sempat upah dua tukang rumah Indon pasang lantai soyok yang kat tepi rumah tu. Lantai asalnya cuma bata interlock aje. Alhamdulillah, dah siaplah projek kecil yang lama tertangguh tu.
Salam bertani.