Isnin, 10 Februari 2020

Diari Durian

Salam bertani

Musim durian (luar musim) di dusun WP sudah berakhir. Durian kampung, durian tembaga dan durian D2 menggugurkan buah matangnya sepanjang bulan januari yang lepas. Buah luar musim bermaksud pokok-pokok durian tersebut mengeluarkan buah buat kali ke-dua sepanjang tahun lepas.
Kini pokok-pokok durian tersebut sudah mula berbunga semula (musim sebenar) untuk tuaian selepas hari raya nanti.






















Salam bertani.

Sabtu, 8 Februari 2020

Nangka Madu J33 Galak Berputik

Salam bertani

Beberapa pohon nangka madu j33 di dusun WP sudah mula mengeluarkan putik baru selepas selesai musim buah yang lepas. Putik buah kali ini agak lebat dan dijangka hasilnya boleh dituai semasa bulan puasa nanti. Putik-putik buah nangka ini akan dibuat penjarangan dalam masa dua minggu lagi dan seterusnya akan dibalut untuk mengelakkan kerosakan.


Putik muda nangka madu yang lebat.
Kebanyakan putiknya keluar di pangkal pokok yang rendah.


Pokoknya baru berumur 6 tahun dan sudah beberapa kali berbuah


Setangkai putik nangka madu.
Buahnya akan ditinggalkan sebiji setangkai untuk pembesaran.



Sepohon nangka madu yang lain juga sedang galak berputik.


Putik buah terbit di dahan utama.


Akan terbit banyak lagi putik.
Musim panas dan kering meransang pokok mengeluarkan putik buah.


Buahnya kelak akan mencecah tanah.



Buah nangka madu j33 pada musim yang lepas.
Setiap tangkai hanya membesarkan sebiji buah sahaja.
Buah nangka perlu dibalut.


Isi nangka madu.
Kering, rangup dan sangat manis.


Salam bertani.

Khamis, 6 Februari 2020

Tanam Keladi

Salam bertani

Pada bulan Disember yang lepas wak menanam dua baris pokok keladi di hujung kebun. Satu baris keladi mawar dan satu baris lagi pokok keladi putih. Tanaman keladi ini memerlukan masa sehingga lapan bulan untuk matang sebelum boleh dituai. Wak  menanam pokok keladi ini untuk kegunaan sendiri sebagai terapi mata dan aktiviti untuk mengeluarkan peluh.



Lebih kurang 30 batang bibit pokok keladi mawar


Pokok keladi mawar ditanam sebaris dengan jarak 1m


Bibit pokok keladi putih


Satu baris pokok keladi mawar yang berumur seminggu
dan sebaris pokok keladi putih yang baru ditanam.


Pokok keladi mawar berumur seminggu.
Sudah mengeluarkan dua helai daun.


Kedaan tanaman keladi terkini.
Berumur hampir dua bulan.


Pokok keladi putih yang sudah dipenuhi
anak-anak baru di sekelilingnya.


Pokok keladi mawar sudah bersulur dan mengeluarkan anak.
Anak-anak pokok keladi perlu dipindahkan sebagai tanaman
baru untuk mengelakkan persaingan dengan induknya.


Pokok keladi mawar berumur dua bulan.
Sudah diberikan baja kimia 16:16:16

Salam bertani.