Sabtu, 8 Februari 2020

Nangka Madu J33 Galak Berputik

Salam bertani

Beberapa pohon nangka madu j33 di dusun WP sudah mula mengeluarkan putik baru selepas selesai musim buah yang lepas. Putik buah kali ini agak lebat dan dijangka hasilnya boleh dituai semasa bulan puasa nanti. Putik-putik buah nangka ini akan dibuat penjarangan dalam masa dua minggu lagi dan seterusnya akan dibalut untuk mengelakkan kerosakan.


Putik muda nangka madu yang lebat.
Kebanyakan putiknya keluar di pangkal pokok yang rendah.


Pokoknya baru berumur 6 tahun dan sudah beberapa kali berbuah


Setangkai putik nangka madu.
Buahnya akan ditinggalkan sebiji setangkai untuk pembesaran.



Sepohon nangka madu yang lain juga sedang galak berputik.


Putik buah terbit di dahan utama.


Akan terbit banyak lagi putik.
Musim panas dan kering meransang pokok mengeluarkan putik buah.


Buahnya kelak akan mencecah tanah.



Buah nangka madu j33 pada musim yang lepas.
Setiap tangkai hanya membesarkan sebiji buah sahaja.
Buah nangka perlu dibalut.


Isi nangka madu.
Kering, rangup dan sangat manis.


Salam bertani.

28 ulasan:

  1. Bertani tak merugikan..mala memberi pulangan atau hasil yang lumayan..dapat merasa makan buah nangka masak

    BalasPadam
  2. Selain dri puas makan tentu jualannya banyak. Best.

    BalasPadam
  3. Sedapnya. Kakcik suka nangka muda masak lemak... :)

    BalasPadam
  4. Suburnya... Teman pun ada juga menanam pokok nangka madu nie... tapi tak berapa nak menjadi la... Boleh wak kongsikan tips utk pokok nangka berbuah lebat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya pokok nangka dewasa wak bagi baja buah sebelum berputik dan baja gemuk selepas menuai buah.
      Pokok nangka juga perlu dipangkas selalu untuk membolehkan cahaya matahari boleh sampai ke dalam kanopi pokok.
      Tunas mata air pada dahan perlu dibuang

      Padam
  5. Rangup? Berjuice? Macam tak jive je?

    BalasPadam
  6. Sedap.. Saya suka. Tiap kali berbuah pasti akan balik kampung. Bawak balik rumah, harum semerbak bau dalam kereta.

    BalasPadam
  7. Alhamdullilah bila berbudi pada tanah kan..

    BalasPadam
  8. sedapnya..
    just nak share last month sy berjaya tanam 2 pokok tau..hehe (bangga)

    1 pokok ciku 1 lg pokok limau purut..setakat ni duk tgk hidup helokk je Insyaallah. Harap terus membesar dgn sihatnya dan hijaunya.

    BalasPadam
  9. Seronoknya wak...nangka yg dibuang tu boleh dibuat pecal ke,kerabu ke,gulai ke..

    BalasPadam
  10. Bulan puasa mungkin bawa ke syawal ni Pakcik WP..sedapnya.

    BalasPadam
  11. puas hati tengok hasil tanaman begini

    BalasPadam
  12. seronoknya la hai tengok pokok buah semua.. terapi ni

    BalasPadam
  13. Best bila tengok pokok berbuah kan...Nangka tu nampak sedapnya..

    BalasPadam
  14. POKOKNYA KECIL BUAH KANMAIN LEBAT

    BalasPadam
  15. Hasil yg memuaskan ,Alhamdulillah

    BalasPadam
  16. Seronok tgok hasilnya kan..best la..SA je x leh makan nangka

    BalasPadam
  17. Banyaknya.. Kalau dapat ini, puas makan..

    BalasPadam
  18. Macamana nak dpt benih nangka J33 ni trm ksh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari kat nerseri2 pertanian, biasanya ada jual.
      Jangan tanam menggunakan biji benih.

      Padam