Khamis, 10 Oktober 2019

Tuai Nangka Madu J33

Salam bertani

Sekarang ni tengah musim buah nangka. Beberapa pokok nangka madu j33  di dusun WP sudah mula matang buahnya. Wak biarkan buahnya masak di pokok barulah dituai. Sebahagiannya untuk santapan keluarga dan jiran-jiran dan ada juga yang wak jual.


Buah nangka madu j33 yang matang di pokok sebelum dituai.
Ada yang masih dibungkus menunggu masa untuk dituai.


Tuaian buah nangka madu j33.


Proses mengupas buah nangka.
Nangka madu j33 tidak bergetah.


Potongan buah nangka sebelum dikupas.


Isi nangka selepas dibuang empulurnya.


Hasil kupasan


Isinya tidak lembik dan tidak berair.
Tahan lama disimpan dalam peti ais.
Salam bertani.

Isnin, 7 Oktober 2019

Beli Baja

Salam bertani

Hari ini wak membeli beberapa jenis baja untuk keperluan tanaman di dusun dan tanaman di sekeliling rumah. Kebetulan sekarang beberapa pokok buah-buahan bermusim sedang mengeluarkan bunganya terutama pokok-pokok durian. Maknanya, pada awal tahun 2020 nanti ada lagi musim durian dan beberapa jenis buah-buahan lain.

Wak beli baja kimia (sebatian dan tunggal) serta baja organik proses. Sekarang masa yang sesuai untuk menabur baja kerana musim hujan dan pokok-pokok akan mengeluarkan pucuk baru tak lama lagi.


Beberapa jenis baja untuk keperluan tanaman di dusun
dan kawasan sekeliling rumah.


Baja sebatian  yang mengandungi 3 unsur (NPK)
Dikenali sebagai baja gemuk.


Sesuai untuk semua jenis tanaman yang sedang membesar,
sayur-sayuran berdaun serta untuk merawat pokok dewasa
yang kurang sihat.


Baja sebatian Nitrophoska Biru.
Sesuai untuk pokok dewasa untuk menggalakkan pembentukan
bunga dan buah juga untuk sayur-sayuran jenis berbuah.


Mengandungi unsur NPK dan lain-lain.
Kandungan K yang lebih tinggi untuk pembentukan bunga dan buah.
Sesuai untuk pokok buah-buahan.


Baja organik proses.
Sesuai untuk anak pokok,
tanaman dalam polybeg dan pasu,
sebagai campuran media semaian
dan untuk merawat tanah.


Boleh juga digunakan untuk pokok dewasa,
sayur-sayuran dan bunga-bungaan.


Baja kimia tunggal yang mengandungi unsur Kalium sahaja.
Untuk ditaburkan pada pokok durian yang sedang berbunga dan berbuah.


Kandungan Kalium yang tinggi (60%) untuk menghasilkan
buah yang lebat dan berkualiti serta mengelakkan
serangan penyakit.


Senarai harga belian.

Salam bertani.


MB 106 : Rahsia Semula Jadi Mencantikan Wajah dan Melambatkan Proses Penuaan

Salam bertani

2. Beras




Sember : MStar

Selamat Mencuba

Salam bertani

Jumaat, 4 Oktober 2019

Pokok Katak Puru Sudah Berbunga

Salam bertani.

Wak ada menanam dua pokok katak puru kira-kira tiga tahun yang lepas. Salah satu pokok tersebut sudah mula mengeluarkan bunganya. Bunga pokok katak puru terbit di batang utamanya. In syaa Allah, tak lama lagi menjadi buahlah harap-harapnya.

Khasiat pokok katak puru didapati daripada daun dan buahnya. Daun pokok katak puru boleh dijadikan teh herba yang mujarab meredakan penyakit darah tinggi dan kencing manis. Ia juga boleh meredakan cirit birit dan boleh dijadikan minuman diet untuk menguruskan badan.

Manakala buah katak puru pula dikatakan dapat meredakan sembelit dan melawaskan sistem pencernaan.Ia juga boleh menambahkan sistem imun pada badan. Buahnya rasa kelat semasa muda dan masam manis apabila matang.

Nama lain bagi pokok katak puru ialah pokok nan-nam.


Bunga pokok katak puru


Bunga pokok katak puru terbentuk di batang utama sehingga ke perdunya.


Inilah pokok katak puru yang mula berbunga di tepi halaman rumah.


Daun pokok katak puru yang berkhasiat dijadikan teh herba.


Anak pokok katak puru disemai di dalam polybeg menggunakan bijinya


Gambar buah katak puru.
Kulitnya mengerutu seperti kulit katak puru.

Salam bertani.


Selasa, 1 Oktober 2019

Perosak Tanaman : Ulat Makan Daun

Salam bertani

Salah satu daripada serangga perosak tanaman yang biasa wak jumpa ialah ulat pemakan daun. Ulat ini adalah larva rama-rama yang memakan daun tanaman sepanjang hayatnya sebelum menjadi kepompong. Ia perlu dikawal dengan menggunakan semburan racun serangga atau membunuhnya secara manual.


Ulat pemakan daun anak benih durian


Ulat pemakan daun limau manis


Ulat pemakan daun  tenggek burung


Contoh racun serangga yang digunakan untuk mengawal
ulat pemakan daun dan serangga perosak lain

Salam bertani.

WW 147 : Entri Dulu-dulu

Salam bertani

Tajuk : Tanaman Hiasan 2

Tarikh : 21 November 2015








Salam bertani