Isnin, 9 Oktober 2017

Pasar Kampung

Salam bertani.

Biasanya kalau hari Jumaat dan Sabtu, WP akan bercuti daripada menghadap laptop untuk menulis entri atau berblogwalking. Bermula hari Jumaat, WP akan sibuk menuai hasil tanaman untuk dipasarkan pada pagi hari Sabtu di paskam (pasar kampung). Inilah hasil tuaian yang dipasarkan .



Telur ayam kampung RM0.60 sebiji
Telur itik RM0.60 sebiji
Telur itik masin RM0.70 sebiji


Pisang kapas (atas) RM 2.00 sekg
Pisang raja udang RM2.50 sekg


Pisang kapok (nipah) dan pisang raja udang


Pisang kapas dan pisang nipah


pisang nipah RM3.50 sekg


Buah kelapa dikait pada hari Khamis


Kelapa kampung RM1.50 sebiji


Sayuran kampung (pucuk keledek dan pucuk manis)
 RM1.00 seikat



Ulam raja RM0.50 seikat
 pucuk belinjau dan pucuk remayung RM1.00 seikat


pucuk ubi pulut RM1.00 seikat 


Isi nangka muda


Isi nangka muda RM1.00 sebungkus


Pucuk tenggek burung RM0.50 seikat


Pucuk selom RM1.00 seikat


Bunga kantan RM1.00 seikat


Buah limau kasturi
RM3.00 sekg 


daun kunyit RM0.50 segulung

Salam bertani.

Khamis, 5 Oktober 2017

Riwayat Hidup Pisang Raja Udang

Salam bertani

Entri kali ini menceritakan tentang riwayat hidup sepohon pisang raja udang yang WP tanam di tepi pagar rumah dari mula ditanam sehinggalah dituai. Pokok pisang raja udang ini berbeza daripada pokok pisang lain kerana warna pokok dan buahnya yang unik. Cara penanaman dan penjagaannya sama sahaja dengan pokok pisang yang lain.



03.06.2016 
Anak pokok pisang raja udang mula disemai menggunakan
sulur pedang


10.08.2016
Selepas kira-kira dua bulan ditanam.
Pembesarannya agak lambat kerana musim kemarau


08.12.2016


10.02.2017
Pokok pisang raja udang berumur 8 bulan
Sudah mengeluarkan dua sulur anak pokok.


17.06.2017
Pokok pisang raja udang mempunyai saiz yang besar dan tinggi
melepasi bunbung rumah.


03.07.2017
Sulur pedang sudah membesar


03.07.3017
Memakan masa setahun baru mula mengeluarkan jantung


10.08.2017
Buah pisang raja udang berwarna meroon.


01.09.2017
Buahnya juga  bersaiz besar.


03.10.2017
Buah yang hampir matang dan sudah sesuai untuk dituai.


03.10. 2017
Cara menebang pokok pisang yang betul.
Batang tidak putus dan buah tergantung tidak mencecah tanah
supaya buah tidak rosak.


03.10.2017
Setandan buah pisang raja udang yang dituai.


03.07.2017
Setandan ada 6 sisir buah.


Buah pisang raja udang disisir dan dijemur sebelum diperam


Sesisir buah pisang raja udang


Sesisir buah pisang raja udang yang sudah matang
dan sesuai untuk dimakan.

Bua pisang raja udang yang masak sesuai dimakan sebagai pencuci mulut. Rasanya manis dan sangat lazat kerana tekstur isinya yang lembut. Ia juga boleh dibuat cekodok, lempeng atau kek pisang.

Salam bertani.

Selasa, 3 Oktober 2017

Pokok Palma Hiasan

Salam bertani

Pokok palma hiasan ini bukanlah WP yang tanam. WP ambil gambarnya di sebuah premis kerajaan semasa berurusan di sana. WP tertarik dengan buahnya yang sedang matang dan berwarna merah berjurai-jurai.

Pokok palma ini hidup dalam satu perdu sebanyak lima batang . Dua daripadanya sudah berbunga dan berbuah dan bakinya lebih kecil belum berbunga. Bentuk buahnya seakan-akan buah pinang tetapi saiznya lebih kecil seperti hujung jari kelingking saja.

WP kurang pasti nama sebenar pokok palma ini. Kemungkinannya ialah pokok palma macarthur.
Buahnya tidak boleh dimakan dan WP ada mengutip beberapa biji yang gugur untuk disemai.


Buah matangnya berwarna merah berjurai-jurai


Bunga yang membentuk putik buah


Buah palma hiasan muda berwarna hijau


Buah yang hampir matang bertukar warna kekuningan


Sebahagian buah yang matang


Inilah pokok palma hiasan tersebut.
Seperdu lima batang pokok.



Salam bertani.

Isnin, 2 Oktober 2017

MB 16 : Anak Kucing

Salam bertani


makan


jalan-jalan


rehat


main


Tidur.

Untungnya jadi anak kucing.

Salam bertani.

Ahad, 1 Oktober 2017

Pucuk Manis Tepi Pagar

Salam bertani.

WP nak tunjukkan sebatas tanaman pokok pucuk manis di tepi pagar rumah. Tanaman ini telah berulang kali dituai dan masih hidup subur memberikan hasil. Lebihan hasil yang tak termakan sendiri, dapat juga dipasarkan di pasar tani/paskam.

Pokok pucuk manis ini WP biakkan menggunakan keratan batang muda. Ia juga boleh disemai melalui biji benih.  Selain ditanam di batas pokok pucuk manis juga boleh ditanam dalam pasu.

Pucuk manis paling sesuai dimasak lemak campur labu atau keledek atau telur itik. Ia juga sesuai dimasak goreng belacan, masak sup atau masak air/bening.


Sebatas tanaman pokok pucuk manis di tepi pagar rumah


Ditanam bersama2 pokok pisang


Pucuk manis yang dituai
RM1.00 seikat


Bunga pokok pucuk manis


Buah muda pokok pucuk manis.


Buah matang pokok pucuk manis.
Sebiji mengandungi 3 biji benih.

Salam bertani.