Jumaat, 6 Mac 2026

Dapat Majikan Baharu

 Salam bertani

Ada orang buang anak kucing dekat setor di belakang rumah wak. Semalaman menangis kesejukan dan kelaparan. Pn is3 wak terpaksa hulurkan makanan anak kucing dan susu kucing. Anak kucing ni sangat liar dan penakut dengan orang mungkin sebab trauma kena pisahkan daripada ibunya. Sehingga dua minggu barulah kami dapat tangkap dan letakkan di dalam sangkar kucing. Nampaknya terpaksalah tambah seekor lagi majikan baharu.


Hari pertama masuk sangkar selepas dua minggu meliar
di belakang rumah.


Dah mandikan dan dah tak takut dengan orang.


Bermanja dengan ibu angkat

Salam bertani.

25 ulasan:

  1. Amboiiii...aiap ada ibu angkay ye Oyen....duduk elok dalam sangkar ye..bibik bg makan hari2

    BalasPadam
  2. Wah tetamu istemewa ni ..si kuning ..

    BalasPadam
  3. Ya Allah kasiannya dia. Tp dah aman sekarang. Semoga rezeki Wak semakin berlimpah, ikut peduli dengan makhluk kecil begini ❤️❤️

    BalasPadam
  4. Allahuakbar kesiannya dibuang si comel ni :( moga terus sihat ya sayang bulusss

    BalasPadam
  5. comeynya majikan baru moga serasi bersama berkongsi rezeki

    BalasPadam
  6. Letak bear tu nampak dah macam kisah anak monyet "Punch"😭

    BalasPadam
  7. Ada ibu angkat ye tu. Ada la geng duk dalam tu.

    BalasPadam
  8. Org yg buang tu sengaja pilih lokasi dekat2 dgn rumah wak ler tu

    BalasPadam
  9. Comel la Wak, jangan diapa²kan dia hihi... Sikit hari lagi mesti gebus gebas budak kecik ni, hasil jagaan Wak

    BalasPadam
  10. Ya Allah…kesiannya, kecik lagi dah berpisah dengan ibunya.
    Semoga bertambah rezeki Wak sudi bela si kecik ni.

    BalasPadam
  11. Orang yang buang tu mesti tahu rumah wak kan 'zoo' he he he

    BalasPadam
  12. Kesian Oyen, kecik² dah kena pisah dengan ibunya. Nasib baik jumpa Wak dan isteri.

    BalasPadam
  13. Uishh.. siap ada mak angkat lagi.

    BalasPadam
  14. kesiannya dia menangis sebab sejuk dan lapar.. terima wak sebab sudi jaga dia

    BalasPadam
  15. Tengok dia dengan patung tu, teringat pulak Puncy yg femes tu. Lupa la apa nama betul dia.

    BalasPadam
  16. Alaaa comelnyaa.. satu hari nanti mesti gemok ni ...

    BalasPadam
  17. Kucing kecik2 ni selalunya tak padan kecik tapi garang. Hehe. Ni besar ni banyak akal ni sbb warna oren.

    BalasPadam
  18. MasyaAllah...terima kasih orang baik

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah bertuah Oyen jumpa dengan orang yang baik

    BalasPadam