Jumaat, 13 Mac 2026

Bonus Raya

 Salam bertani

Beruntunglah kaki tangan awam (persekutuan dan negeri), pesara kerajaan dan kaki tangan swasta yang mendapat imbuhan bonus raya pada tahun ini. Bagi orang kampung yang bekerja sendiri macam wak ni takde siapa yang nak bagi bonus raya. Terpaksalah ikhtiar sendiri untuk dapatkan bonus raya. Nampaknya kali ini giliran Azura menjadi mangsa. Jom layan


Inilah si Azura.
Induk lembu sinior yang wak pelihara sejak lahir
 sehingga berusia lebih kurang lima belas tahun.
Sepanjang hayatnya telah menganugerahkan wak 
sebelas ekor zuriat.
Azura telah mencapai tempoh akhir perkhidmatan 
kerana faktor usia.


Pagi ini Azura telah naik kenderaan 
untuk ke pusat penyembelihan.
Sedihnya berpisah dengan lembu kesayangan 
yang banyak berjasa kepada wak sekeluarga.


Bye bye Azura.
Perginya pada bulan yang mulia.


Inilah gambar posting terakhir tentang Azura dalam blog WP.
WW 603 : Bagai Azura Dengan Bayang-bayang.
Bertarikh : 12 November 2025.

Salam bertani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan