Jumaat, 13 Mac 2026

Bonus Raya

 Salam bertani

Beruntunglah kaki tangan awam (persekutuan dan negeri), pesara kerajaan dan kaki tangan swasta yang mendapat imbuhan bonus raya pada tahun ini. Bagi orang kampung yang bekerja sendiri macam wak ni takde siapa yang nak bagi bonus raya. Terpaksalah ikhtiar sendiri untuk dapatkan bonus raya. Nampaknya kali ini giliran Azura menjadi mangsa. Jom layan


Inilah si Azura.
Induk lembu senior yang wak pelihara sejak lahir
 sehingga berusia lebih kurang lima belas tahun.
Sepanjang hayatnya telah menganugerahkan wak 
sebelas ekor zuriat.
Azura telah mencapai tempoh akhir perkhidmatan 
kerana faktor usia.


Pagi ini Azura telah naik kenderaan 
untuk ke pusat penyembelihan.
Sedihnya berpisah dengan lembu kesayangan 
yang banyak berjasa kepada wak sekeluarga.


Bye bye Azura.
Perginya pada bulan yang mulia.


Inilah gambar posting terakhir tentang Azura dalam blog WP.
WW 603 : Bagai Azura Dengan Bayang-bayang.
Bertarikh : 12 November 2025.

Salam bertani

21 ulasan:

  1. Masyaallah.. 11 ekor anak dia.. sihat dan subur betul si Azura ni sepanjang jadi keluarga wak. Bila dah berusia nampak perubahan badan dia.
    Lumayan bonus raya wak tahun ni. Berkali ganda dari federal.

    BalasPadam
  2. byk betul jasa azura...lama nya usia dia..15 tahun tu...

    BalasPadam
  3. Selamat tinggal Azura, (kata Zack)

    BalasPadam
  4. sedih nak berpisah dgn azura jelang aidilfitri hijrah alam abadi

    BalasPadam
  5. Sedih la pulak mengenangka nasib azura. Tapi takpela banyak anak yang ditinggalkan.

    BalasPadam
  6. sedih pulak baca post ni, mesti rindu kat Azura kan lepas ni..rezeki yang diterima, namun ada yang harus dikorbankan

    BalasPadam
  7. Azura dalam kenangan ๐Ÿฅน

    BalasPadam
  8. Bukan kaleng kaleng ni wak apa ja RM 500 ni ribuan tau..alhamdulillah ..ni lah rezeki tak terduga..azura tu faham generasinya banyak ya..

    BalasPadam
  9. Terima kasih azura kerana telah berkhidmat utk wak. Comelnya dia

    BalasPadam
  10. Alaa Wak, kita pun terasa sedihnya.

    BalasPadam
  11. Boleh la wak 500 tu, kalau kerja swasta lagi besar bonusnya.... wak dengan hasil azura ni pun masyuk raya nanti. Cukup banyak jasanya pada wak, dah sampai masanya dia tamatkan khidmatnya wak, jumpa nanti di syurga .

    BalasPadam
  12. "Azuuuraaaa!" (Jerit macam Jamal Abdillah jerit dalam lagu Azura.)

    BalasPadam
  13. Azura dalam kenangan.. Banyak jasanya..

    BalasPadam
  14. Pelihara dari kecil hingga berumur 15 tahun. Pasti sedih tapi itulah takdirnya, bukan semua yang kita sayangi akan kekal milik kita. Nampak sihat lembunya.

    BalasPadam
  15. Bonus ni lagi masyuk. Azura kan tetap Di hati

    BalasPadam
  16. Sedih juga saya bacanya. Saya yg tak ikut pelihara, tapi terbayang sedihnya Wak yg dah pelihara dia lama. ๐Ÿ˜ข. Inilah kenapa saya tak terlalu mau terikat dengan hewan ternak. Sebab takut terbawa perasaan. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Kadang jika beli hewan kurban, saya akan minta penjualnya utk pelihara dulu buat saya, bayar ongkos pelihara kedia . Dan saya tak tega utk lihat saat dia disembelih. Biasa saya serahkan semua ke tukang sembelih. Sebab pasti menangis ๐Ÿ˜…

    BalasPadam
  17. Aduh! touching pulak Mrs. A baca.
    Alhamdulilah Azura berbakti hingga ke akhir hayatnya

    BalasPadam