Ahad, 13 Julai 2025

Balut Buah Durian Musang King

 Salam bertani

Sepohon durian musang king di dusun WP berbuah kali kedua seramai 13 biji. Buah-buahnya rendah sahaja jadi wak bungkus dengan plastik pembungkus untuk mengelakkan daripada dirosakkan oleh haiwan pemangsa.



Dua biji buah durian musang king sebelum dibalut.


Balut guna plastik gulung lutsinar.
Bahagian bucu bawah plastik perlu dibocorkan supaya
tidak menakung air hujan.


Kesemua buahnya dibalut untuk mengelakkan serangan tupai.


Sebiji buahnya sudah matang dan tergantung di dahan.


Panen tiga biji buah durian musang king yang dibalut.


Setelah dibuka balutannya.
Buah cantik gred A.


Salam bertani.

44 ulasan:

  1. Tak sia sia wak bungkus buahnya. Elok gred A hasilnya. Walaupun tak banyak tapi rezeki dapat merasa durian sedap musang king tanaman sendiri.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah bila dah bungkus memang cantik buah nya

    BalasPadam
  3. Wah lumayan rejeki Wak alhamdulillah...
    Cantik buahnya ye bila dibalut.
    Pertama kali sy tengok buah durian dibalut. Macam nangka daaaa 😁

    BalasPadam
  4. Seronok ade pokok durian sendiri. Puas makan kalau musim nye

    BalasPadam
  5. wah manja musangking kena balut bagai alhamdulillah rezeki durian ramai

    BalasPadam
  6. Oh, durian pun dipanen, tak perlu tunggu gugur, ya wak. Tentu sedap tu isinya. Teringat² makan durian wak, salah satu kenangan manis sepanjang berblog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panen kat sini maknanya kutip hasil.
      Tunggu durian tu gugur juga tetapi tak jatuh ke tanahlah sebab wak ikat tangkainya. Macam kat gambar ke-4 tu sebiji dah gugur tetapi tergantung kat dahan sebab diikat dengan tali.

      Padam
  7. Lumayan bertani di kebun..tak payah beli dah buah kan..

    BalasPadam
  8. Oh kalau balut plastik tupai tak gigit ye? Kat kampung Cie banyak kera. Memang tak merasa la buah durian kalau tak jaga masa berbunga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin dia tak perasan dalam plastik tu ada buah durian.

      Padam
  9. Alhamdulillah.
    Tiba masanya menuai hasil.

    BalasPadam
  10. durian mahal di tempat saya... sampai jadi kontroversi hehehe

    BalasPadam
  11. Elok buahnya tu.. gred A lagi. Bila yang berbuah 13 biji je memang kayangn betul.
    Panen rupanya tuai 😊

    BalasPadam
  12. sedapnyaaa...ni buat makan sendiri la kan wak...SA semalam beli durian kena tipu..dapat 4 biji yang muda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim kali ni wak takde jual sebab sikit sangat.
      Makan sendiri, sedara mara dan jiran2 aje

      Padam
  13. Wak kalau tanam pokok musang king berapa tahun dah berbuah wak. Pokok benih tut atau hibrid cepat berbuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau hidup subur anggaran 5 -6 tahun baru mula berbuah. Sekarang tanam benih cantuman/kawin.
      Kalau tanam biji jadilah durian kampung.

      Padam
  14. bestnyaaa ada pokok musang king sepokok tapi berbaloi buahnya banyak.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok musang king kat dusun wak ada 15 pokok.
      Tapi musim ni sepokok aje yang berbuah.
      Ada juga pokok yang masih kecil dan belum berbuah.

      Padam
  15. Waaw.. Besar banget itu durian wak... banyak lagi... Sepertinya kebun wak ni banyak tanaman yg menghasilkan.

    BalasPadam
  16. apa lah rasanya buah tanaman sendiri ni ya.. musang king pula tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah durian pokok muda ni kurang sedap berbanding pokok tua.
      Pokok durian yang berumur lebih 10 tahun barulah menghasilkan buah yang berkualiti.

      Padam
  17. Alhamdulillah.. Rendah macam ini bolehlah dibalut ye wak.. Rezeki ini..

    BalasPadam
  18. wah bestnya ada MK

    ooo balut juga rupanya. mujur tak tinggi sangat kan wak pokoknya

    BalasPadam
  19. Wah durian nya besar-besar Wak.
    Rendah sekali ya Wak sehingga mudah untuk dibalut begitu?

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmussalam wbkt.
      Buahnya rendah sebab pokoknya masih kecil

      Padam
  20. Ooooo... baru tau durian kena balut....
    Ingatkan maknusia je suka 'balut'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya tak perlu dibalut pun.
      Wak saja suka2 untuk mengelirukan tupai

      Padam
  21. Inilah yg saya cari tiap ke Penang dan KL Wak. Cari durian musang king atau black Thorne. Mahal kalo dah dijual, tp sedap. Wak pula tanam sendiri yaa 😍😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang tengah musim durian di Malaysia.
      Musim kali ini banyak bekalan sehingga harganya runtuh.
      Musang king boleh dapat RM20 aje sekg.
      Marilah datang Malaysia kendurian fanny

      Padam
  22. syok tu bila ada pokok sendiri utk durian musang king

    BalasPadam
  23. Wah…seronoknya pokok durian Wak rendah sampai mudah nak balut.

    BalasPadam
  24. wahh wak tanam musang king ya. mesti cantik isinya!

    BalasPadam
  25. Ooh macam ni caranya balut doyan supaya dia jadi kalis tupai, tq for sharing Wak 🤓

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah berbuah banyak tu 13 biji.

    BalasPadam
  27. Salam singgah lagi ya..apa khabar hari ini rabu 16.7.2025?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmussalam wbkt
      Alhamdulillah sihat seadanya cikgu

      Padam
  28. Alhamdulillah. Saya tak pernah makan lagi durian musang king. Kalau aiskrim musang king tu, pernah. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah cuba try test cari dan rasa.
      Harganya pun tengah murah sekarang.

      Padam
  29. Rajin Wak membalut. Sini ada pokok durian. Tak tahu jenis apa. Nak dekat 100 biji buahnya kat sebatang pokok.

    BalasPadam
  30. Kuatkan gigi tupai boleh kopek buah durian ni.

    BalasPadam
  31. Alhamdulillah. Kalau beli dikedai mahal betul harganya

    BalasPadam