Salam bertani
Sepohon durian musang king di dusun WP berbuah kali kedua seramai 13 biji. Buah-buahnya rendah sahaja jadi wak bungkus dengan plastik pembungkus untuk mengelakkan daripada dirosakkan oleh haiwan pemangsa.
Dua biji buah durian musang king sebelum dibalut.
Balut guna plastik gulung lutsinar.
Bahagian bucu bawah plastik perlu dibocorkan supaya
tidak menakung air hujan.
Kesemua buahnya dibalut untuk mengelakkan serangan tupai.
Sebiji buahnya sudah matang dan tergantung di dahan.
Panen tiga biji buah durian musang king yang dibalut.
Setelah dibuka balutannya.
Buah cantik gred A.
Salam bertani.
Tak sia sia wak bungkus buahnya. Elok gred A hasilnya. Walaupun tak banyak tapi rezeki dapat merasa durian sedap musang king tanaman sendiri.
BalasPadamAlhamdulillah bila dah bungkus memang cantik buah nya
BalasPadamWah lumayan rejeki Wak alhamdulillah...
BalasPadamCantik buahnya ye bila dibalut.
Pertama kali sy tengok buah durian dibalut. Macam nangka daaaa 😁
Seronok ade pokok durian sendiri. Puas makan kalau musim nye
BalasPadamwah manja musangking kena balut bagai alhamdulillah rezeki durian ramai
BalasPadamOh, durian pun dipanen, tak perlu tunggu gugur, ya wak. Tentu sedap tu isinya. Teringat² makan durian wak, salah satu kenangan manis sepanjang berblog.
BalasPadamPanen kat sini maknanya kutip hasil.
PadamTunggu durian tu gugur juga tetapi tak jatuh ke tanahlah sebab wak ikat tangkainya. Macam kat gambar ke-4 tu sebiji dah gugur tetapi tergantung kat dahan sebab diikat dengan tali.
Sedapnya musang king
BalasPadamLumayan bertani di kebun..tak payah beli dah buah kan..
BalasPadamOh kalau balut plastik tupai tak gigit ye? Kat kampung Cie banyak kera. Memang tak merasa la buah durian kalau tak jaga masa berbunga.
BalasPadamMungkin dia tak perasan dalam plastik tu ada buah durian.
PadamAlhamdulillah.
BalasPadamTiba masanya menuai hasil.
durian mahal di tempat saya... sampai jadi kontroversi hehehe
BalasPadamElok buahnya tu.. gred A lagi. Bila yang berbuah 13 biji je memang kayangn betul.
BalasPadamPanen rupanya tuai 😊
sedapnyaaa...ni buat makan sendiri la kan wak...SA semalam beli durian kena tipu..dapat 4 biji yang muda...
BalasPadamMusim kali ni wak takde jual sebab sikit sangat.
PadamMakan sendiri, sedara mara dan jiran2 aje
Wak kalau tanam pokok musang king berapa tahun dah berbuah wak. Pokok benih tut atau hibrid cepat berbuah.
BalasPadamKalau hidup subur anggaran 5 -6 tahun baru mula berbuah. Sekarang tanam benih cantuman/kawin.
PadamKalau tanam biji jadilah durian kampung.
bestnyaaa ada pokok musang king sepokok tapi berbaloi buahnya banyak.....
BalasPadamPokok musang king kat dusun wak ada 15 pokok.
PadamTapi musim ni sepokok aje yang berbuah.
Ada juga pokok yang masih kecil dan belum berbuah.
Waaw.. Besar banget itu durian wak... banyak lagi... Sepertinya kebun wak ni banyak tanaman yg menghasilkan.
BalasPadamapa lah rasanya buah tanaman sendiri ni ya.. musang king pula tu
BalasPadamBuah durian pokok muda ni kurang sedap berbanding pokok tua.
PadamPokok durian yang berumur lebih 10 tahun barulah menghasilkan buah yang berkualiti.
Alhamdulillah.. Rendah macam ini bolehlah dibalut ye wak.. Rezeki ini..
BalasPadamwaahhhh 13 biji musang king!
BalasPadamwah bestnya ada MK
BalasPadamooo balut juga rupanya. mujur tak tinggi sangat kan wak pokoknya
Wah durian nya besar-besar Wak.
BalasPadamRendah sekali ya Wak sehingga mudah untuk dibalut begitu?
Salam,
Wkmussalam wbkt.
PadamBuahnya rendah sebab pokoknya masih kecil
Ooooo... baru tau durian kena balut....
BalasPadamIngatkan maknusia je suka 'balut'
Sebenarnya tak perlu dibalut pun.
PadamWak saja suka2 untuk mengelirukan tupai
Inilah yg saya cari tiap ke Penang dan KL Wak. Cari durian musang king atau black Thorne. Mahal kalo dah dijual, tp sedap. Wak pula tanam sendiri yaa 😍😍😍
BalasPadamSekarang tengah musim durian di Malaysia.
PadamMusim kali ini banyak bekalan sehingga harganya runtuh.
Musang king boleh dapat RM20 aje sekg.
Marilah datang Malaysia kendurian fanny
syok tu bila ada pokok sendiri utk durian musang king
BalasPadamWah…seronoknya pokok durian Wak rendah sampai mudah nak balut.
BalasPadamwahh wak tanam musang king ya. mesti cantik isinya!
BalasPadamOoh macam ni caranya balut doyan supaya dia jadi kalis tupai, tq for sharing Wak 🤓
BalasPadamAlhamdulillah berbuah banyak tu 13 biji.
BalasPadamSalam singgah lagi ya..apa khabar hari ini rabu 16.7.2025?
BalasPadamWkmussalam wbkt
PadamAlhamdulillah sihat seadanya cikgu
Alhamdulillah. Saya tak pernah makan lagi durian musang king. Kalau aiskrim musang king tu, pernah. Hehe..
BalasPadamBolehlah cuba try test cari dan rasa.
PadamHarganya pun tengah murah sekarang.
Rajin Wak membalut. Sini ada pokok durian. Tak tahu jenis apa. Nak dekat 100 biji buahnya kat sebatang pokok.
BalasPadamKuatkan gigi tupai boleh kopek buah durian ni.
BalasPadam