Salam bertani
Kariah sekampung wak baharu sahaja selesai pogram baraan syawal pada tahun ini. Aturcara bermula selepas solat isyak setiap malam merangkumi sepuluh buah rumah. Wak tunjukkan kunjungan kariah baraan ke rumah wak beberapa malam yang lepas.
Tetamu yang hadir bersalaman sebelum marhaban dimulai
Mengaminkan doa keafiatan untuk tuan rumah
Tetamu menjamu selera apa seadanya.
Sebahagian tetamu menjamu di beranda rumah.
Bergerak 10 rumah setiap malam
sehingga selesai sekampung.
Salam bertani.
meriah betul tradisi gini. sgt2 bagus!!
BalasPadamMemang setiap syawal kariah kampung wak buat baraan ni
PadamFirst time dengar baraan Syawal ni. Bersalaman, marhaban, doa dan makan2 ya Wak. Bagus ni.
BalasPadamwaaahhhh seronok Baraan ni meriahhh!
BalasPadamTempat saya siang hari wak dari raya ke 2 sampai ke 4. 3 hari marhaban gilir2. Alhamdulillah kali ni buat bubur lambuk untuk tetamu marhaban.
BalasPadamKat sini siang hari baraan kariah wanita.
PadamSeronoknya tradisi di kampung Wak ni...
BalasPadamkampung saya tak pernah ada program macam ni wak, meriahkan .. besarnya rumah wakkk :)
BalasPadamNi tradisi masyarakat jawa johorian
PadamKampung SA sebelah PZ masih ada Baraan ni Wak..tapi ada panggilan dia, lupa plak namanya...cantik rumah wak..suka SAa tengok
BalasPadamPanggil marhabanlah kot
PadamBestnya wak, kat kampung dana dulu mula raya ke3 tapi sekarang macam dah tak berapa ada. Anak muda dah makin takde, best kalau ada lagi di kampung wak baraan ini.
BalasPadamAnak muda ada group marhaban sendiri. Mereka buat siang hari minggu pertama syawal. Kumpulan bapak2 ni mula minggu ke dua sampailah habis raya.
PadamAlhamdulillah ...
BalasPadamOoo.. Macam marhaban la ye wak.. Area tempat saya takde macam ni.. Kalau area rumah mertua, hanya ada takbir raya dari rumah ke rumah masa malam raya.
BalasPadamYe kami bersalam2an, bermarhaban dan megaminkan doa keafiatan untuk tuan rumah.
PadamFirst time tahu pasal baraan ni. Meriah betul ni Wak.
BalasPadamMemang meriah. Sampai 70 - 80 orang kariah setiap kunjungan.
PadamKampung saya hanya buat takbir raya sahaja dari rumah ke rumah...Kali pertama dengar Baraan ni
BalasPadamAlhamdulillah, seronok nya macam nie...dekat kampung linda buat siang je, dan memang baraan je lah...geng2 perempuan...hihihi
BalasPadamKat kampung wak ni, baraan kariah wanita pun buat siang hari
Padamseronok di kampung2 masih ada tradisi mcm ni. meriah hari raya...
BalasPadamAda tempat yang sampai tak cukup syawal buat baraan ni
Padammeriah sesi baraan tu ye..biasa dgr baraan ni org buat mcm menjelang syawal..ni dh kira penghujung syawal masih ada la ye certain tmpt buat baraan
BalasPadamKalau sampai 200 rumah sekampung memang sampai habis syawallah baru selesai
PadamSeronok baraan ni...waktu abah ada meriah baraan...sorang2 dh x ada...x tahu la mcm mana sekarang...
BalasPadamSetiap malam penuh bakul moto dengan bontrot
PadamAlhamdulillah. Bagusnya, orang kampung Wak, masih ada program baraan syawal ni.
BalasPadamSaya baru dengar istilah baraan. Tp bagus lah, memperkuat silaturrahmi juga . Apalagi momen Syawal. Jadi didatangi 10 rumah tiap malam ya Wak?
BalasPadamYe 10 rumah setiap malam makan masa 2 jam baru selesai
PadamBaraan ni macam kat Johor ya Wak....kalau rumah pertama lalu lagi makan, kalau rumah 10 tu agaknya minum air je. Mengeratkan ukhuwwah juga kan?
BalasPadamPart jamuan tu satu dua rumah ajelah kita makan.
PadamYang lain2 buat gudis aje.
Ada juga 10 rumah tu pakat buat jamuan berat kat rumah terakhir.
Masyaa Allah...meriahnya ..
BalasPadamAntara budaya Jawa yang sangat dikagumi dan seharusnya menjadi ikutan yang lain
ye ini budaya kami yang tak luput dek zaman
PadamKena budget masa betul² tu kalau dah 10 buah rumah sehari. Alhamdulillah tradisi baraan masih diadakan.
BalasPadamMemang penuh perut ,penuh bakul motor setiap malam
PadamMeriahnya, seronok berkumpul macam ni.
BalasPadambagus mcm ni...berziarah sambil marhaban & mendoakan...agak2 sampai pukul brp habis rumah ke-10?...seronok konvoi beramai-ramai di waktu malam..
BalasPadamBiasanya sampai pukul 11 malam gitu
PadamPernah ada pengalaman macam ni masa kecik² dulu. Kami sebut marhaban jer, penuh perut 10 rumah tu, hihi.
BalasPadamalhamdulillah ramai hadir baraan aidilfitri meriah suasananya
BalasPadamBesarnya rumah wak
BalasPadamRumah kampungan aje ankel
PadamTak perlu ada pelan.
Rumah orang jawa ni, ruang depan kena luas, dapur kena luas, bilik kena banyak sebab senang nak buat kenduri kendara
Alhamdulillah masih lagi ada amalan baraan seperti ini.. meriah suasan bila ramai yang hadir.
BalasPadamassalamualaikum wak, bagus majlis ini.. meriah, bersilaturrahimi..
BalasPadam1st time dengar pasal baraan ni...
BalasPadambaraan ni marhaban kan. Meriah sungguh
BalasPadamye program marhaban rumah ke rumah.
Padamdah lama tak ada baraan. dulu zaman sekolah, selalu ikut baraan kawan2 untuk raya. best nya~
BalasPadamsek agama kg sy masih teruskan lg tradisi ni pada setiap 3 syawal... dr zaman sy belum ada lg smpi laa ni...masih dikekalkan... hari tu ternampak dgn kumpulan baraan ni ms kami tgh kacau dodol... tp kumpulan ni cuma pergi ke rumah murid je. dia x singgah rumah org lain kecuali mmg dijemput...
BalasPadamalhamdulillah..meriah
BalasPadamAlhamdulillah..Di kampung saya ada buat masa malam dan ada siang. Meriah dan seronok. Besar dan cantik rumah wak.
BalasPadamAlhamdulillah.. Semoga berterusan aktiviti ini.. Bagus untuk merapatkan ukhwah..
BalasPadamCCL baru tahu maksud baraan tu ziarah raya . Moga ukhwah makin erat terjalin ..
BalasPadamAda baraan juga yer? Wak tinggal di kawasan mana tu? saya kampung di Bagan Datuk. Setiap tahun, anak-anak saya menanti acara baraan ini. Seronok mereka dapat berjalan beraya bersama sepupu. Makanan yang pelbagai dan beramah tamah bersama tuan rumah. Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakannya.
BalasPadamKat kampung wak tradisi baraan ni masih diamalkan. Kebanyakan kampung masyarakat jawa di johor masih mengekalkan tradisi ini.
Padam