Rabu, 23 April 2025

Baraan

 Salam bertani

Kariah sekampung wak baharu sahaja selesai pogram baraan syawal pada tahun ini. Aturcara bermula selepas solat isyak setiap malam merangkumi sepuluh buah rumah. Wak tunjukkan kunjungan kariah baraan ke rumah wak beberapa malam yang lepas.


Tetamu yang hadir bersalaman sebelum marhaban dimulai


Mengaminkan doa keafiatan untuk tuan rumah


Tetamu menjamu selera apa seadanya.


Sebahagian tetamu menjamu di beranda rumah.


Bergerak 10 rumah setiap malam
sehingga selesai sekampung.
Salam bertani.

56 ulasan:

  1. meriah betul tradisi gini. sgt2 bagus!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang setiap syawal kariah kampung wak buat baraan ni

      Padam
  2. First time dengar baraan Syawal ni. Bersalaman, marhaban, doa dan makan2 ya Wak. Bagus ni.

    BalasPadam
  3. waaahhhh seronok Baraan ni meriahhh!

    BalasPadam
  4. Tempat saya siang hari wak dari raya ke 2 sampai ke 4. 3 hari marhaban gilir2. Alhamdulillah kali ni buat bubur lambuk untuk tetamu marhaban.

    BalasPadam
  5. Seronoknya tradisi di kampung Wak ni...

    BalasPadam
  6. kampung saya tak pernah ada program macam ni wak, meriahkan .. besarnya rumah wakkk :)

    BalasPadam
  7. Kampung SA sebelah PZ masih ada Baraan ni Wak..tapi ada panggilan dia, lupa plak namanya...cantik rumah wak..suka SAa tengok

    BalasPadam
  8. Bestnya wak, kat kampung dana dulu mula raya ke3 tapi sekarang macam dah tak berapa ada. Anak muda dah makin takde, best kalau ada lagi di kampung wak baraan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak muda ada group marhaban sendiri. Mereka buat siang hari minggu pertama syawal. Kumpulan bapak2 ni mula minggu ke dua sampailah habis raya.

      Padam
  9. Ooo.. Macam marhaban la ye wak.. Area tempat saya takde macam ni.. Kalau area rumah mertua, hanya ada takbir raya dari rumah ke rumah masa malam raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kami bersalam2an, bermarhaban dan megaminkan doa keafiatan untuk tuan rumah.

      Padam
  10. First time tahu pasal baraan ni. Meriah betul ni Wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang meriah. Sampai 70 - 80 orang kariah setiap kunjungan.

      Padam
  11. Kampung saya hanya buat takbir raya sahaja dari rumah ke rumah...Kali pertama dengar Baraan ni

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah, seronok nya macam nie...dekat kampung linda buat siang je, dan memang baraan je lah...geng2 perempuan...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat kampung wak ni, baraan kariah wanita pun buat siang hari

      Padam
  13. seronok di kampung2 masih ada tradisi mcm ni. meriah hari raya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tempat yang sampai tak cukup syawal buat baraan ni

      Padam
  14. meriah sesi baraan tu ye..biasa dgr baraan ni org buat mcm menjelang syawal..ni dh kira penghujung syawal masih ada la ye certain tmpt buat baraan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sampai 200 rumah sekampung memang sampai habis syawallah baru selesai

      Padam
  15. Seronok baraan ni...waktu abah ada meriah baraan...sorang2 dh x ada...x tahu la mcm mana sekarang...

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah. Bagusnya, orang kampung Wak, masih ada program baraan syawal ni.

    BalasPadam
  17. Saya baru dengar istilah baraan. Tp bagus lah, memperkuat silaturrahmi juga . Apalagi momen Syawal. Jadi didatangi 10 rumah tiap malam ya Wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye 10 rumah setiap malam makan masa 2 jam baru selesai

      Padam
  18. Baraan ni macam kat Johor ya Wak....kalau rumah pertama lalu lagi makan, kalau rumah 10 tu agaknya minum air je. Mengeratkan ukhuwwah juga kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Part jamuan tu satu dua rumah ajelah kita makan.
      Yang lain2 buat gudis aje.
      Ada juga 10 rumah tu pakat buat jamuan berat kat rumah terakhir.

      Padam
  19. Masyaa Allah...meriahnya ..
    Antara budaya Jawa yang sangat dikagumi dan seharusnya menjadi ikutan yang lain

    BalasPadam
  20. Kena budget masa betul² tu kalau dah 10 buah rumah sehari. Alhamdulillah tradisi baraan masih diadakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang penuh perut ,penuh bakul motor setiap malam

      Padam
  21. Meriahnya, seronok berkumpul macam ni.

    BalasPadam
  22. bagus mcm ni...berziarah sambil marhaban & mendoakan...agak2 sampai pukul brp habis rumah ke-10?...seronok konvoi beramai-ramai di waktu malam..

    BalasPadam
  23. Pernah ada pengalaman macam ni masa kecik² dulu. Kami sebut marhaban jer, penuh perut 10 rumah tu, hihi.

    BalasPadam
  24. alhamdulillah ramai hadir baraan aidilfitri meriah suasananya

    BalasPadam
  25. Balasan
    1. Rumah kampungan aje ankel
      Tak perlu ada pelan.
      Rumah orang jawa ni, ruang depan kena luas, dapur kena luas, bilik kena banyak sebab senang nak buat kenduri kendara

      Padam
  26. Alhamdulillah masih lagi ada amalan baraan seperti ini.. meriah suasan bila ramai yang hadir.

    BalasPadam
  27. assalamualaikum wak, bagus majlis ini.. meriah, bersilaturrahimi..

    BalasPadam
  28. 1st time dengar pasal baraan ni...

    BalasPadam
  29. baraan ni marhaban kan. Meriah sungguh

    BalasPadam
  30. dah lama tak ada baraan. dulu zaman sekolah, selalu ikut baraan kawan2 untuk raya. best nya~

    BalasPadam
  31. sek agama kg sy masih teruskan lg tradisi ni pada setiap 3 syawal... dr zaman sy belum ada lg smpi laa ni...masih dikekalkan... hari tu ternampak dgn kumpulan baraan ni ms kami tgh kacau dodol... tp kumpulan ni cuma pergi ke rumah murid je. dia x singgah rumah org lain kecuali mmg dijemput...

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah..Di kampung saya ada buat masa malam dan ada siang. Meriah dan seronok. Besar dan cantik rumah wak.

    BalasPadam
  33. Alhamdulillah.. Semoga berterusan aktiviti ini.. Bagus untuk merapatkan ukhwah..

    BalasPadam
  34. CCL baru tahu maksud baraan tu ziarah raya . Moga ukhwah makin erat terjalin ..

    BalasPadam
  35. Ada baraan juga yer? Wak tinggal di kawasan mana tu? saya kampung di Bagan Datuk. Setiap tahun, anak-anak saya menanti acara baraan ini. Seronok mereka dapat berjalan beraya bersama sepupu. Makanan yang pelbagai dan beramah tamah bersama tuan rumah. Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat kampung wak tradisi baraan ni masih diamalkan. Kebanyakan kampung masyarakat jawa di johor masih mengekalkan tradisi ini.

      Padam