Isnin, 16 Disember 2024

Tewasnya Penunggu Dusun

 Assalammualaikum

Dah beberapa kali wak terserempak dengan penunggu dusun ni. Wak pernah cakap kat dia, kalau nak selamat blahlah daripada dusun wak ni. Nak dijadikan cerita, pada pagi tadi wak terserempak lagi dengan dia, tunggu lama suruh dia pergi tapi dia pusing-pusing kat situ aje.

Wak ambil keputusan guna kuasa veto, terpaksa guna kekerasan untuk tamatkan riwayat penunggu dusun yang tidak diundang ini.


King cobra penunggu dusun.


Kepala dia boleh berdiri sehingga 2 meter.
Jadi wak belasah kepala dia dahulu.


Senjata yang dah siap sedia di dusun.
Kayu dengan hujung bercabang untuk memerangkap kepala dia.


Jerut dengan tali.


Hukum gantung sampai mati.


Salam bertani.

5 ulasan:

  1. Takutnya tengok.. seram rasanya.. boleh pengsan kalau tengok depan mata :)

    BalasPadam
  2. Aduhai gambar last tu . Terkulai haaa. Mujur la wak x apa². . bahaya sangat klw king Cobra ni

    BalasPadam
  3. Aduh....tengok pic ni sambil nak tidur...Terbayang bayang la pulak🙈🙈🙈

    BalasPadam
  4. Serem banget Wak....campur jijik... hiii

    BalasPadam
  5. Besarnya wak... mujur wak tak apa-apa...

    BalasPadam