Rabu, 13 Julai 2022

Cempedak Durian

 Salam bertani

Ada beberapa pokok cempedak durian yang wak tanam di dusun WP sudah mula berbuah. Walau pun buah cempedak durian ini tidak dibungkus tetapi tiada yang rosak atau busuk diserang lalat buah. Alhamdulillah wak dah dapat menuai beberapa biji buah cempedak durian yang mula matang di pokok.


Pokok cempedak durian ini baru pertama kali berbuah.
Pokoknya masih kecil dan buahnya boleh dicapai tangan.


Buah cempedak durian


Mempunyai bentuk dan duri yang hampir menyerupai
buah durian sebab itu dipanggil buah cempedak durian


Sepohon yang lain juga baru pertama kali berbuah


Buah cempedak durian yang matang di pohon.
Baunya harum semerbak serata dusun.


Tuaian 2 biji buah cempedak durian yang sudah matang.
Anggaran sekilogram lebih sebiji.


Isi buah cempedak durian.
Isinya padat, tebal dan bersaiz besar


Gorengan cempedak durian tanpa biji 
untuk minum petang ini.
Sebahagian lagi makan fresh.

Salam bertani.


25 ulasan:

  1. Aduhh..sedap betul cempedak goreng.

    BalasPadam
  2. Wak, mehlah jual, sy pergi ambil kat sana.

    BalasPadam
  3. kalau beli cempedak durian ni dana suka keluarkan bijinya dan potong kecil isi cempedak baru goreng, kalau goreng seulas-seulas besar sangat wak

    BalasPadam
  4. Sedappnya
    bau harumm cempedak tu buat tak tahan he hee

    BalasPadam
  5. oh ada ye cempedak durian. yang saya jumpa anak pokok cempedak madu. Saya cari anak cempedak nangka tak jumpa lagi benih pokoknya. wak meh le jual kat KL ni. nak le rasa hadil kebun wak ni. geram je tenguk buah dia melayut2

    BalasPadam
  6. wow besar isinya xperlu dibungkus tapi tiada serangan ulat buah terbaik tu mudah penjagaannya

    BalasPadam
  7. baru je mkn cucuq cempedak minggu lepas mak bagi cempedak, sedap buat minum ptg, nak beli pun mahal betul..

    BalasPadam
  8. waduuh kangji, ueanekke paling apik mangan cempedak goreng yen ono rondo ibu tunggal neng jejere sampeyan ;p

    BalasPadam
  9. Saya suka cempedak durian ni...Saya berpeluang beli 2x tahun lepas...Memang isi penuh walau saiz kecik

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..rezeki. Berhasil tanaman wak. Tak berbalut pun tak diserang musuh. Tanpa biji tu sedap makan. Lagi lagi bila digoreng. Sedapnya!

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..rezeki. Berhasil tanaman wak. Tak berbalut pun tak diserang musuh. Tanpa biji tu sedap makan. Lagi lagi bila digoreng. Sedapnya!

    BalasPadam
  12. nampak sedap sungguh tu..tebau pulak

    BalasPadam
  13. sedap tul nampaknya...tambah2 ada teh o secawan!

    BalasPadam
  14. Sedapnya cempedak goreng isi tebal. Biji cempedak pun saya suka..

    BalasPadam
  15. Pernah makan durian cempedak, beli di Ayer Hitam.

    BalasPadam
  16. Cempedak goreng sedappp! Ya Allah, lapar pulak rasa! Teringin cari cempedak lah gini..heheh

    BalasPadam
  17. Nasib la SA ni x makan cempedak...tapi tengok kejadiannya yang cantik tu..isinya gebu...huiiii.....terliur

    BalasPadam
  18. Bos macam maan nak elakkan buah cempadak gugur(putik)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taburkan baja yang tinggi kandungan calsium dan boron untuk menguatkan tangkai buah. Tabur sebelum pokok berputik dan selepas berputik.
      Contohnya baja yaramila nitrabor

      Padam