Rabu, 26 Jun 2019

Warung Mesin Jahit.

Salam bertani.

Pagi ini Pn is3 mengajak sarapan di luar. Kami pun menuju ke pekan Air Hitam untuk bersarapan di Warung Mesin Jahit. Lagi pun setiap pagi rabu ada pasar borong dan pasar tani di sana. Bolehlah singgah untuk cari barang-barang keperluan dapur.


Kami pilih meja mesin jahit Raleigh


Yang ini meja mesin jahit Singer


Pn. is3 order lontong darat + satay daging


Wak pilih lontong laut + satay daging.
(Satu2nya tempat yang ada menyediakan satay sebagai
 sarapan di pekan Air Hitam).


Selesai licin menjahit sarapan.


Terletak di Lorong Haji Surif,
Km 1, Jalan ke Kluang.


Salam bertani.

12 ulasan:

  1. wow menjahit selera di warung mesin jahit...sedapnya lontong darat n lontong laut kemas licin dijahit heh..heh..

    BalasPadam
  2. Menarik dan sungguh unik kedai sarapan ni ya WP.

    Sedap nampaknya lontong tu Mrs. A suka lontong ada kuah

    BalasPadam
  3. Teringat mesin jahit arwah mak..
    Itulah mesin pertama saya belajar menjahit dgn arwah mak..
    Rindunya kenangan itu..

    BalasPadam
  4. Uniknya..sambil sarapan boleh imbas kenangan dulu-dulu ni..ni bawa anak-anak atau kanak-kanak bagus sebab mungkin mereka tak pernah nampak mesin jahit lama-lama..boleh tengok kat warung ni.

    BalasPadam
  5. Hati kita terus berdebar2 ni, jumaat sabtu, buka tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin buka setiap hari.
      Signboardnya tulis 'Warung Julie'
      Kalau keluar tol Air Hitam, menghala ke pekan Air Hitam lebih kurang 1 km arah kiri.

      Padam
  6. Hoho krna masuk wishlist Ni.. sedapnya lontong darat

    BalasPadam
  7. Ok...dah save. Otw balik dari site kena singgah ni.

    BalasPadam
  8. Unik kedai tu. Wah sedapnya lontonh darat tu. Lama tak makan.

    BalasPadam
  9. Menarik betul konsep kedainya.. Makanan yang disajikan pun ohsem.. Jarang ada jumpa kedai yang hidangkan sate sebagai sarapan..

    BalasPadam