Rabu, 1 Mei 2019

Totom Dalam Kenangan

Salam bertani

Si Totom, kucing jantan kesayangan pn isteri pergi buat selama-lamanya pada malam tadi. Dah sebulan si Totom sakit dan tak mahu makan, kemungkinan ulser dalam perut. Makan pun bersuap menggunakan picagari dan akhirnya si Totom berehat panjang. Mungkin itu adalah lebih baik baginya. Damailah si Totom di sana.

Totom adalah kucing jantan yang tidak mempunyai kawasan perayauan, tidak seperti kucing-kucing jantan kampung yang biasa. Hidupnya hanyalah di kawasan rumah kerana ia telah dikasi (spayed) sejak kecil. Oleh itu ia tidak kencing merata-rata sebagai penandaan kawasan pengawalannya. Ia juga tidur di dalam rumah setiap malam.

Beberapa gambar kenangan si Totom semasa hayatnya.



Tidur di tempat kebiasaannya di atas meja


Mungkin sedang merenung masa depannya yang tak panjang.


Entri  MB 51 : Pengawal
16 Julai 2018


Entri  MB 61 : Pemalas
17 September 2018


Totom merasmikan rumah baru.
Tapi Totom tak selesa tinggal di sini dan lebih suka 
tidur di dalam rumah.


Makan time.
Si Totom (hujung sekali) sedang makan tengah hari bersama ahli keluarganya.


Jasad si Totom sebelum disemadikan pada pagi tadi.


Berehatlah si Totom buat selama-lamanya.

Salam bertani.

12 ulasan:

  1. Mesti tercari-cari akan kelibatnya nanti kan. 😔😭😭

    BalasPadam
  2. ala sedihnyaaa...huhuhu..da la comel, hitam bawah perut ajeee

    BalasPadam
  3. kucing2 abe kie pun dah byk yg hilang n mati. memang sedih sungguh!

    BalasPadam
  4. Sedih sangat bila kucing kesayangan mati kan WP.
    Pengubatnya mujurlah banyak lagi kucing-kucing lain.
    Mrs. A baru-baru ni pun kehilangan anak-anak si PATI tu habis semua adik-beradik dia mati cantik-cantik pulak tu dua tiga hari berendam air mata. Kat office pun nangis bila tengok video mereka sobs... sobs..

    BalasPadam
  5. Sedih pula nenbaca...kena kembiri maksudnya ya..

    BalasPadam
  6. MMG SEDIH KEHILANGAN YG DISAYANG

    BalasPadam
  7. Rip TomTom.. gemuk dia Masa sihat Dan nampak manja

    BalasPadam
  8. Alahai...sedih la puan isteri WP...takde dah kucing kesayangan

    BalasPadam