Ahad, 19 Mei 2019

Belajar Berbuah

Salam bertani


 Sepohon cempedak yang baru berumur setahun jagung 
sudah belajar berbuah buat kali pertamanya.


Putik buahnya bergantungan di pokok


Berbuah di batang utama


Harap-harap menjadilah


Setangkai dua biji.
Buah yang kecil perlu dibuang untuk mengelakan persaingan.
Perlu pembungkusan untuk mengelakkan serangan lalat buah.

Salam bertani.

27 ulasan:

  1. Alhamdulillah.Suka tengok..Moga terus bertahan hingga dapat menjamah hasilnya.Aamiin.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah moga buah besar dan masak sempurna

    BalasPadam
  3. ALHAMDULILLAH MENJADI TANAMANNYA LEBAT BUAHNYA CEPAT DIBALUT LEKAT BUAHNYA TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena balut kalau nak dapatkan buah yang cantik

      Padam
  4. Lebat buah cempedak ni... jangan ada dahan yang patah sudah la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah cempedak ni kena buat penjarangan.
      Simpan satu tangkai satu biji saja.

      Padam
  5. Wahh...lebatnya...pakai baja apa ni wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum berbuah hari tu, ada taburkan baja buah.
      Nanti buah dah besar sikit pun kena baja lagi.

      Padam
  6. Alhamdulillah.. dah mengeluarkan hasil dah ye WP..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ni banyak juga pokok cempedak yang berbuah.
      Entah sempat balut entah tak.

      Padam
  7. Pokok tak besar mana tapi tak sangka berbuah lebat..
    Rezeki Pakcik berbudi kepada tanah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah pertama kali.
      Tak tahu lagi isi buahnya macam mana.

      Padam
  8. tengok buah je pun da rasa sedap...aduhhh

    BalasPadam
  9. Pertama Kali berbuah tapi lebat dah buat dia semoga hasilnya gemuk2

    BalasPadam
  10. Macam terimbas nostalgia pula tengok pokok dari kebun pak Warisan Petani.
    Teringat pokok nangka tumbuh sendiri kat belakang berdekatan dengan pokok rambutan yang tinggi 2 tingkat rumah.
    Tak perasan dia dah mula berbuah sebab saiz pokoknya macam pak warisan petani punya. Bila pruning pokok rambutan kasi kurang dari setengah saiz asal terpatah dahannya baru ternampak buah nangka yang sedang membesar dari pokok nangka tumbuh sendiri.
    Dahlah dahan besar yang terpatah dek dahan rambutan rempuh tu yang dahan berbuah pula kena patahkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, nanti dia mengeluarkan tunas baru dan berbuah semula. Baru2ni pun sepohon nangka WP patah batang utamanya kerana buah yang banyak sangat. kesian tenguk buah bergolek ke tanah.

      Padam
  11. Wah baru setahun dah berbuah. Hebatnya. Mesti tanah dan persekitarannya subur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanahnya subur sebab tanah lembah.
      Hari tu pun tabur baja buah sebelum berbuah.

      Padam
  12. Alhamdullilah.. pertama kali berbuah ya.. kegemaran anak bongsu Kak Sue nie..

    BalasPadam
  13. Muda lagi dah berbuah ni..bagusnya..selalunya kena pokok matang dulu kan..

    BalasPadam