Khamis, 26 Julai 2018

Pokok Peria Hutan

Salam bertani

Pokok peria hutan adalah tumbuhan rumpai yang cepat membiak dan banyak tumbuh di kawasan pertanian. Rupa bentuk pokoknya sama sahaja dengan pokok peria katak tetapi buahnya berbeza dan hanya sebesar ibu jari sahaja.

WP tidak pernah memanfaatkan buah peria hutan ini sebagai masakan atau sumber herba. Nampaknya pokok peria hutan ini boleh dijadikan rumpai penutup bumi yang dapat menyejuk dan mengekalkan kelembapan tanah. Ia juga boleh mengawal pertumbuhan semak samun dan mengawal hakisan tanah di kawasan pertanian.


Pokok rumpai peria hutan yang merebak dengan cepat
memenuhi ruang kawasan kebun.


Bunga dan daun peria hutan sama seperti peria katak dan peria besar.


Sekuntum buga dan putik buah peria hutan.


Bentuk buah peria hutan.
Adakah ianya penghasilan herba?



Buah peria hutan yang matang berwarna kuning.


Buah-buah matang peria hutan hanya sebesar ibu jari sahaja. 


Cara pembiakan pokok peria hutan adalah dengan meletupkan
 buah matangnya yang mengandungi biji benih.
Setiap biji akan membenihkan sepokok peria hutan baru.

Salam bertani.

14 ulasan:

  1. Slm... Saya berminat untuk beli buah peria hutan tu.. sbb selalu mkn dgn nasi dan asam pedas. Sedap sgt..rangup dan x pahit.. tp pokok saya dah mati. Blh ke klu nk beli? Mcm mne ye? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam..saya dr bemban jasin melaka. pokok ini bole didapati di tempat saya dgn banyak kerana ia tumbuh meliar. klau puan nak bole ambk dgn percuma saja..sila email saya di yasinhamzah025@gmail.com

      Padam
    2. Saya nak beli peria hutan dah lama cari mngidam sgt nk mkn peria hutan

      Padam
  2. Maaf puan
    permintaan tak dapat ditunaikan

    BalasPadam
  3. nak beli berapa anak pokok? boleh wasap @ 0122459870

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slm.. ada jual anak pokok peria hutan ke? nak beli blh?

      Padam
  4. Memang boleh makan ke peria katak ni?.. Tiber je dekat rumah saya ada tumbuh.. Kesnye saya tanam ulam saya guna tanah sawit... Saya biarkan aja pokok peria ni tumbuh sebab ingatkan peria biasa yang saya belikan dikedai..kalau boleh makan boleh la saya belai pokok ni supaya membiak

    BalasPadam
  5. Mmg buah ni sedap dimkn dgn nasi panas dan sambal. Bila dipetik, dia akan meletup, asingkan benihnye dan kita mkn kulitnya aje.. rangup dan sedap. X pahit.. 😊👍🏻

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam