Selasa, 2 Januari 2018

Tanam Pokok Pisang Tanduk Tepi Rumah

Salam bertani

WP ada menanam sebaris pokok pisang tanduk di sepanjang pagar rumah sebagai tanaman hiasan disamping untuk mendapatkan hasilnya. Jumlahnya sebanyak dua puluh satu pokok. Kesemua pokok pisang tanduk tersebut sudah berbuah dan ada beberapa pokok yang sudah dituai.

Inilah gambar-gambar pokok pisang tanduk tepi rumah dari mula ditanam sehinggalah mengeluarkan hasil. Alhamdulillah, berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya.


Hasil tuaian yang dijual di paskam
Harganya RM4.00 sekg.


Anak-anak pokok pisang tanduk yang ditanam bersama
tanaman lain.



Sebaris pokok pisang tanduk di tepi rumah


Pokok pisang tanduk semakin membesar


Baris hadapan rumah


Baris sisi belakang rumah


Pokok pisang tanduk mula berputik


Sudah berbuah


Ditaman bersama pokok pucuk manis


Pokok yang berbuah perlu disangga


Pokok yang tinggi dan besar


Sepohon yang berbuah hampir matang
Buahnya hanya 7 biji sahaja


Sepohon lagi.


Sudah boleh dituai.


Tuaian semalam.

Buah pisang tanduk matang biasanya digoreng  sebagai makanan petang. Ia juga sesuai dibuat pengat. Buah matang yang masih hijau sesuai dijadikan kerepek pisang.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan